JOHNSON’S® BABY MEMPERKENALKAN PEMBAHARUAN TERBESARNYA DENGAN FORMULASI PENJAGAAN LEMBUT YANG DIPERBAHARUI UNTUK MENYOKONG TUMBESARAN SI MANJA

Johnson’s® baby, jenama dunia #1 dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak, telah melancarkan pembaharuan terbesarnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini menerusi kempen #SelamanyaSiManjaAnda, yang meraikan ikatan kasih tulus dan detik-detik berharga antara ibu bapa dan anak-anak, sambil memperkenalkan rangkaian produk yang dipertingkatkan bagi memberikan penjagaan lembut yang berterusan melepasi usia 12 bulan pertama untuk si manja.

Majlis pelancaran Johnson’s® baby menghimpunkan Ms. Chong Wei Sin (Pengarah Jualan), Siti Saleha (pelakon & pengguna), Ms. Ulli Zillner (Pengurus Besar), Ms. Frances Anne Velante (Ketua Pemasaran), Pauline Tan (pelakon & pengguna), Ms. Alina Ariffin (Pengarah Perundangan), serta Mr. Alan Tsing (Ketua Kategori Penjagaan Bayi & Kanak-kanak) dari Kenvue Malaysia & Singapura.

Walaupun dunia mengukur usia anak-anak dalam tahun, bagi ibu bapa setiap detik tumbesaran si manja amat bermakna, daripada mandian pertama, pelukan penuh kasih sayang hinggalah kepada setiap pencapaian dan langkah baharu dalam kehidupan mereka. Hakikatnya, walau sejauh mana mereka membesar, si manja akan sentiasa kekal istimewa di hati ibu bapa.

Diilhamkan oleh ikatan kasih tulus antara ibu bapa dan si manja, Johnson’s® baby memperkenalkan rangkaian Johnson’s® baby Classics, Milk + Rice dan Bedtime yang kini diperbaharui di Malaysia untuk terus melindungi kulit dan rambut si manja yang masih lembut semasa mereka membesar.

Kulit dan rambut bayi kekal halus iaitu 30% lebih nipis daripada orang dewasa, dan boleh menjadi lebih sensitif terhadap faktor luaran yang berpotensi menyebabkan kerengsaan semasa mereka membesar, menyebabkan penjagaan yang lembut penting sehingga umur 3+. Apabila si manja menjadi lebih aktif meneroka dunia di sekeliling mereka, kulit dan rambut mereka yang sedang berkembang sentiasa memerlukan penjagaan yang lembut dan sesuai direka khas untuk struktur kulit mereka.


Rangkaian Johnson’s® baby yang terus berkembang dan dipertingkatkan ini mencerminkan komitmen yang berterusan dalam menawarkan formulasi yang lembut dan berkesan, termasuk formulasi yang terbukti seimbang pH, hipoalergenik serta bebas daripada sulfat, paraben dan pewarna tambahan.

“Apabila si manja semakin membesar, kulit dan rambut mereka masih memerlukan penjagaan yang lembut, selamat dan berkesan. Menerusi pelancaran yang bermakna ini, kami ingin meyakinkan para ibu bapa bahawa Johnson’s® baby terus berkembang seiring dengan keperluan anak-anak mereka, melalui formulasi yang diperbaharui dengan teliti untuk memberikan penjagaan lembut pada setiap peringkat tumbesaran mereka,” kata Frances Anne Velante, Ketua Pemasaran, Kenvue Malaysia & Singapura.

Johnson’s® baby telah menambah baik Classic Shampoo dan Top-to-Toe Bath dengan formulasi yang dipertingkatkan, mengandungi bahan terpilih seperti Aloe dan Vitamin B5. Pada masa yang sama, rangkaian Losyen yang baharu kini memberikan kelembapan sehingga 72 jam serta perlindungan yang lebih baik terhadap kekeringan dan kerengsaan kulit si manja.

“Semua produk mandian dan syampu classic kami yang dipertingkatkan masih mengekalkan formulasi No More Tears® serta melalui proses Triple-Tested, iaitu diuji oleh pakar pediatrik, pakar dermatologi dan pakar oftalmologi. Ini terus menjadi antara prinsip utama kami dalam memastikan setiap produk memenuhi taraf penjagaan yang lembut dan dipercayai oleh ibu bapa untuk si manja,” kata Alan Tsing, Ketua Kategori Penjagaan Bayi & Kanak-kanak, Kenvue Malaysia & Singapura.


Diformulasikan dengan bahan yang dipilih dengan teliti serta disokong oleh kepakaran dan komitmen Johnson’s® baby terhadap inovasi penjagaan bayi, rangkaian produk yang dipertingkatkan ini direka khas untuk membantu ibu bapa di Malaysia menjaga si manja dengan penuh keyakinan dari peringkat bayi hingga ke usia kanak-kanak. Dengan penjagaan yang lembut dan sesuai, ibu bapa dapat memberi tumpuan kepada detik-detik berharga bersama si manja melalui rutin harian seperti waktu mandi dan waktu tidur.

Bagi meraikan pelancaran ini, Johnson’s® baby telah melancarkan kempen #SelamanyaSiManjaAnda menerusi satu pengalaman interaktif yang mengumpulkan rakan media, pempengaruh ibu bapa, pakar kesihatan serta keluarga dalam satu sambutan yang berteraskan kasih tulus, penjagaan si manja dan hubungan kasih sayang yang erat.

Pengalaman interaktif tersebut mempunyai pelbagai zon yang diinspirasikan oleh detik-detik berharga dalam perjalanan keibubapaan, termasuk zon “A Letter to My Baby” yang memberi peluang kepada ibu bapa menzahirkan luahan kasih sayang menerusi pesanan buat anak-anak mereka, pengalaman “Precious Bedtime” yang mengetengahkan kepentingan rutin waktu tidur yang menenangkan, serta “Gentle Science Lab” yang memperlihatkan sains di sebalik formulasi lembut Johnson’s® baby melalui demonstrasi interaktif dan sesi penerokaan produk baharu.

Acara ini turut diserikan dengan kehadiran ibu dan pelakon terkenal Siti Saleha dan Pauline Tan serta pakar pediatrik Dr Nisa Khalil, yang bersama-sama berkongsi pandangan mengenai perjalanan keibubapaan dan perkembangan anak-anak. Menerusi sesi perkongsian yang menggabungkan pengalaman peribadi serta perspektif pakar, mereka menekankan kepentingan penjagaan lembut yang berterusan melangkaui 12 bulan pertama bayi sehingga usia 3 tahun ke atas, seiring dengan tumbesaran si manja, sambil mengukuhkan mesej kempen bahawa walau sejauh mana mereka membesar, si manja akan sentiasa kekal istimewa di hati ibu bapa.


Rangkaian produk Johnson’s® baby yang dipertingkatkan kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya mini, farmasi serta platform e-dagang terkemuka di seluruh negara. Bersempena dengan kempen #SelamanyaSiManjaAnda, Johnson’s® baby turut akan berhubung dengan para ibu bapa menerusi siri roadshow yang menarik di kedai-kedai terpilih serta promosi penebusan hadiah eksklusif dengan pembelian, bagi membantu mereka memahami dengan lebih baik keperluan penjagaan kulit dan rambut si manja yang semakin membesar. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Johnson’s® baby, ikuti kami di Instagram Johnson’s® Malaysia di Instagram www.instagram.com/johnsonsbabymy/ atau halaman Facebook di www.facebook.com/JohnsonsbabyMY.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

BUKAN SEKADAR JUMPSCARE MURAHAN, ‘KHADAM’ TAMPAR REALITI TRAUMA GENERASI & SEKSISME DOMESTIK!