CADBURY DAIRY MILK X LOTUS BISCOFF: INOVASI SNEK BERTARAF DUNIA BUATAN MALAYSIA
Cadbury Dairy Milk dan Lotus Biscoff, dua jenama ikonik global, berpadu tenaga menerusi pelancaran rangkaian Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff di Malaysia. Kolaborasi yang dinanti-nantikan ini merupakan hasil kerjasama antara dua syarikat snek global, Mondelēz International dan Lotus Bakeries, yang sebelum ini telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Selepas meraih kejayaan besar di United Kingdom dan Australia, Malaysia kini menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara yang membawakan gabungan istimewa ini kepada pengguna tempatan.
Menggabungkan kelembutan coklat susu Cadbury Dairy Milk yang lemak berkrim dengan kerangupan biskut Lotus Biscoff berperisa karamel, rangkaian ini menawarkan kombinasi rasa yang unik dan memikat selera. Sejak diperkenalkan di peringkat antarabangsa, gabungan ini telah menawan hati ramai peminat yang berkongsi keterujaan mereka, baik di media sosial mahupun bersama rakan dan keluarga. Lebih membanggakan, setiap bar Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff dihasilkan secara tempatan di kilang Cadbury di Shah Alam, sekali gus menyerlahkan keupayaan pembuatan Malaysia bertaraf dunia serta peranan penting negara kita dalam menyokong inovasi global.
![]() |
| Pengarah Pemasaran Mondelēz International Malaysia & Singapura, See Mei Sin. |
“Cadbury Dairy Milk sinonim dengan detik kebersamaan, dan kolaborasi bersama Lotus Biscoff mencerminkan semangat itu dengan cara yang menyeronokkan,” kata Pengarah Pemasaran Mondelēz International Malaysia & Singapura, See Mei Sin. “Kelembutan coklat susu Cadbury Dairy Milk yang digabungkan dengan kerangupan biskut Biscoff berperisa karamel menghasilkan padanan yang begitu serasi – membuatkan anda ingin berkongsinya bersama insan tersayang. Kami juga bakal membawakan pelbagai aktiviti menarik yang diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Kami tidak sabar untuk berkongsi perisa dan pengalaman ini dengan seluruh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila setiap bar coklat ini dihasilkan dengan bangganya di Malaysia.”
Kolaborasi yang Menjiwai Budaya Hari Ini
Di Malaysia, Biscoff bukan lagi sekadar biskut biasa. Ia telah menjadi inspirasi kepada pelbagai minuman kafe, pencuci mulut dan ciptaan kreatif di media sosial. Kolaborasi ini meraikan hubungan sesama insan melalui sesuatu yang manis dan menyeronokkan. Sama ada dikongsi bersama keluarga di rumah atau dinikmati bersama rakan-rakan di kafe, gabungan ini sesuai untuk pelbagai detik dan suasana. Bagi pengguna yang gemar mencuba kombinasi rasa yang unik, Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff merupakan pilihan yang sememangnya wajib dicuba.
Padanan Sempurna Sempena Hari Persahabatan Sedunia
Pelancaran Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff diadakan bersempena Hari Persahabatan Sedunia, selaras dengan semangat kolaborasi ini yang meraikan hubungan serta persahabatan yang mewarnai kehidupan. Bagi menghidupkan semangat tersebut, Cadbury Dairy Milk menganjurkan acara pelancaran imersif di The Starhill Kuala Lumpur yang menampilkan pelbagai pengalaman menarik, termasuk stesen merasa produk, aktiviti berdua yang diperibadikan, serta pelbagai momen istimewa yang direka untuk dinikmati bersama.
Dihasilkan dengan Bangga di Malaysia
Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff ditawarkan dalam pelbagai saiz pek dan sesuai dinikmati sendiri, sebagai snek ketika dalam perjalanan atau dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Setiap bar coklat dihasilkan di kilang Cadbury Malaysia di Shah Alam, sekali gus mencerminkan keupayaan pembuatan negara yang bertaraf dunia serta peranan Malaysia dalam menghasilkan inovasi bertaraf global untuk pengguna di dalam dan luar negara.
Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff kini boleh didapati di peruncit utama dan kedai serbaneka terpilih di seluruh negara, serta secara eksklusif dalam talian melalui TikTok Shop Cadbury Dairy Milk Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan aktiviti Cadbury Dairy Milk, layari halaman Facebook kami di: https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment