PERYSMITH MEMPERKENALKAN VAKUM TIUB ULTRA-LANGSING PERTAMA BERJENAMA MALAYSIA



Jenama perkakas Malaysia, PerySmith, telah secara rasmi melancarkan vakum tiub ultra-padat berjenama tempatan pertama Malaysia, PerySmith AirStick Pro, di pameran utama “Engineered by Air” di Kuala Lumpur. Pelancaran ini mengetengahkan permerluasan barisan produk rumah pintar PerySmith yang merangkumi semua aspek, dari kualiti udara hingga kebersihan rumah serta peralatan dapur.


Bintang Utama: PerySmith AirStick Pro 

Dengan berat hanya 900g, AirStick Pro membawakan pembersihan berprestasi tinggi dalam bentuk pensel ergonomik yang ultra-padat. Penyedut tanpa wayar ini mencapai kuasa sedutan sehingga 100AW melalui Nano Brushless Motor, merapatkan jurang antara kebolehan ultra ringan dan prestasi lasak. Reka bentuknya yang langsing membolehkan unit ini terletak rata di atas lantai bagi mencapai ruang di bawah perabot dengan mudah. 

Berus lantai anti-kusut juga memastikan vakum kekal bebas dari kekusutan semasa membersihkan rumah, manakala aksesori mop membolehkan pengguna menyedut dan mengemop secara serentak untuk pembersihan yang lebih cekap. Lebih lagi, penyelenggaraan selepas pembersihan adalah mudah dengan bekas habuk yang direka khas, yang boleh dikosongkan dengan satu klik sahaja.


Sorotan Utama Dari Pelancaran 

Bagi mereka yang menjalani kehidupan yang sibuk, PerySmith EvoBot A11 Robot Vacuum memberikan penjagaan lantai yang mudah. Sistem Pembersihan Pintar 3-dalam-1nya menyapu, menyedut, dan mengemop dalam satu laluan. Dikuasakan oleh Ultra Core Intelligent Chipset dengan kuasa sedutan sebanyak 10,000Pa, A11 menggunakan AI TrueSight dan Gyro Quick Mapping untuk navigasi yang cekap. Dengan bateri yang berkuasa sehingga 160 minit serta pengecasan pintar auto-docking, dan integrasi aplikasi, penyelenggaraan rumah sepenuhnya dicapai dengan hanya satu klik menggunakan aplikasi PerySmith App.


PerySmith juga membawa inovasi produknya ke dapur dengan PerySmith Ai23 Smart Steam Oven 3-dalam-1, ia menggabungkan pembakaran, Air-Fry (goreng tanpa minyak), dan stim untuk menyediakan hidangan yang lebih cepat dengan tekstur yang lembap. Dikuasakan oleh teknology pemanasan AI 3D Airflow untuk pengagihan haba yang sekata, ia mempunyai 50 Menu berprogram AI yang boleh diakses melalui panel LED interaktif. Fungsi Pembersihan Auto, mengunakan wap suhu tinggi bagi memastikan penyelenggaraan dengan begitu mudah, manakala pintu kaca 3 lapisan Low-E yang bergaya memastikan pengunaan tenaga yang cekap.


Solusi penyeterikaan pakaian 

PerySmith SteamPro G7 All-in-One memuaskan segala aspek, dari seterika hinggalah ke papan seterika. Ia menawarkan satu penyelesaian yang mudah untuk akses, penggunaan, dan penyimpanan. Dikuasakan oleh teknologi PerySmith iPro Sense Anti-Burn, ia menjamin 100% tiada kebakaran pada semua fabrik yang boleh digosok, memberikan anda ketenangan minda sepenuhnya. Menggunakan wap tekanan ultra-kuat 8-bar, wap menembusi dengan mendalam ke dalam kain, melicinkan kedutan di kedua-dua belah pakaian anda dalam satu gerakan lancar sambil menghapuskan 99.9% kuman. Seterika mampu meluncur dengan mudah di atas kain kerana tapak seterika berteknologi Quatum Diamond yang kalis calar.

Direka untuk pengurusan kualiti udara yang lengkap, PerySmith Ai13 Elite Smart WiFi Air Purifier memberikan kawalan sepenuhnya di hujung jari anda melalui aplikasi PerySmith, ia membolehkan anda memantau dan mengurus kualiti ruang udara dalaman rumah anda secara nyata dari mana-mana sahaja. Ia memberikan perlindungan untuk ruang seluas sehingga 1,600 kaki persegi dan dilengkapi dengan tiga penapis kelas perubatan H13 yang disesuaikan khusus untuk keperluan anda: MedGuard untuk habuk halus dan pencemaran, SmokeFree untuk bau dan asap yang degil, dan TrueCare untuk menyasarkan virus dan bakteria. Dengan teknologi Quantum Shield, penapis udara ini dengan mudah menghapuskan partikel sekecil 0.25μm untuk memastikan udara di rumah anda bersih dan selamat.


Rumah yang Lebih Bersih dan Lebih Pintar 

Kehidupan sebuah rumah pintar bermula dengan ekosistem yang diselaraskan. Bagi PerySmith, semuanya berpusat pada aplikasi PerySmith. Inovasi seperti EvoBot A11 dan Penapis Udara Pintar WiFi Ai13 kini menyertai rangkaian peralatan pintar yang semakin meluas dan disokong oleh aplikasi kami. Tetapkan jadual pembersihan untuk EvoBot A11 bagi mengautomasikan kerja-kerja pembersihan, serta mengoptimumkan Ai13 untuk memberikan tidur semalaman yang lebih selesa — semuanya melalui satu aplikasi. Anda juga boleh menggunakan plag pintar ZOE+ untuk mengawal bekalan kuasa peralatan elektrik anda yang lama.

Miliki inovasi PerySmith hari ini! Barisan produk baharu ini, termasuk PerySmith AirStick Pro, boleh didapati di semua kedai fizikal PerySmith serta rakan niaga peruncit di seluruh Malaysia. Pengguna juga boleh mendapatkannya bersama pelbagai produk lain dengan baucar eksklusif dan diskaun yang lebih menarik melalui rakan e-dagang rasmi PerySmith, iaitu Shopee dan TikTok Shop. Untuk maklumat lanjut, layari: https://perysmith.com.my/.


Comments

Popular posts from this blog

PERTUNJUKAN FESYEN 2024 SHOPEE, ‘RAYA STAIL KITA’ MERAIKAN ZAMAN KEEMASAN BUDAYA MALAYSIA