DUNIA DONGENG MENJADI NYATA: APPLECRUMBY PERKENAL PEMBUNGKUSAN BAHARU PREMIUM SKINCARE, BAWA THE CAT IN THE HAT KEPADA SEISI KELUARGA
Jenama tempatan Malaysia, Applecrumby, melancarkan semula koleksi Premium Skincare dengan wajah baharu yang berinspirasikan kisah dongeng. Enam produk penjagaan kulit harian kini hadir bersama kisah asli tersendiri yang menyemarakkan imaginasi serta mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan si kecil.
Pelancaran semula ini mencerminkan evolusi Applecrumby daripada jenama penjagaan bayi kepada jenama penjagaan keluarga, berbekalkan 14 tahun pengalaman dalam penjagaan bayi dan kulit sensitif mereka.
Daripada waktu mandi dan menukar lampin hinggalah pengembaraan di luar rumah serta saat-saat persediaan untuk tidur, Applecrumby menghidupkan pengalaman harian ini menerusi enam ilustrasi cat air imaginatif yang dipadankan dengan kisah waktu tidur tersendiri. Koleksi ini menampilkan Gentle Shampoo & Bath Wash bersama Flight of the Moon Bird; No Rinse Nappy Cleanser bersama Daughters of the Faraway Land; Super BuzzGuard Cream bersama The Girl in the Red Cloak; Super Soft Lotion bersama The Girl Who Dreamed; Ultimate Miracle Balm bersama The Girl Who Crossed the Skies; dan Ultimate Nappy Cream bersama The Hidden Garden.
Enam kisah asli ini meraikan keajaiban zaman kanak-kanak menerusi tema rasa ingin tahu, keberanian, imaginasi dan penemuan, sambil mengingatkan bahawa sentiasa ada insan yang mengambil berat tentang kita.
“Sebagai ibu bapa yang telah berkhidmat untuk ibu bapa lain selama 14 tahun, kami belajar bahawa keajaiban tidak semestinya datang daripada kunjungan ke taman tema. Sama ada ketika waktu tidur atau waktu mandi, sedikit imaginasi, permainan dan rasa ingin tahu mampu mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Kanak-kanak sememangnya melihat keajaiban dalam perkara biasa, dan kadangkala kita juga memerlukan peringatan itu. Menerusi koleksi Premium Skincare yang diberi nafas baharu, buku cerita pop-up, beg makan berpenebat serta kerjasama kami dengan Warner Bros., kami berharap dapat mencipta lebih banyak detik untuk ibu bapa dan anak-anak menemui keajaiban dan kegembiraan bersama-sama,” kata Pengasas Applecrumby, Sean dan Jesmine Tan.
Applecrumby Bawa The Cat in the Hat kepada Keluarga Malaysia
Applecrumby turut memperluas pendekatan penceritaannya menerusi kerjasama istimewa dengan Warner Bros. untuk membawa keceriaan The Cat in the Hat kepada keluarga Malaysia melalui pembungkusan lampin edisi khas dan pengalaman imersif di TCE Baby Expo & Kidz World yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026.
Kerjasama ini diadakan sempena kemunculan semula watak ikonik ciptaan Dr. Seuss itu menerusi filem animasi terbaharu terbitan Warner Bros. Pictures Animation. Disuarakan oleh Bill Hader, The Cat in the Hat kembali dalam pengembaraan baharu yang sarat dengan telatah nakal, magis dan imaginasi, dan bakal menemui penonton di pawagam Malaysia mulai 5 November 2026.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Applecrumby untuk membawa keceriaan The Cat in the Hat kepada keluarga di Malaysia dengan cara yang segar dan menyeronokkan. Menerusi pembungkusan edisi khas serta pengalaman imersif di TCE Baby Expo & Kidz World, kami berharap dapat menyemarakkan imaginasi dan mencipta detik bermakna buat ibu bapa dan anak-anak sambil mereka meneroka telatah dan keajaiban The Cat in the Hat,” kata Pengurus (Digital, Promosi & Publisiti), Warner Bros. Entertainment Malaysia, Clariss Ooi.
Daripada Penjagaan Bayi kepada Penjagaan Seisi Keluarga: Eco Laundry Detergent Sheets dan Eco Softener Sheets Baharu
Applecrumby turut memperkenalkan Eco Laundry Detergent Sheets dan Eco Softener Sheets, sekali gus memperluas penjagaannya ke dalam kehidupan harian seisi keluarga. Nipis, ringan dan bebas tumpahan, produk berkepekatan tinggi ini menawarkan alternatif yang praktikal kepada detergen dan pelembut pakaian cecair konvensional, selain hadir dalam format mudah dibawa tanpa memerlukan botol besar dan berat.
Eco Laundry Detergent Sheets diformulasikan dengan ramuan biodegradasi dan tiga enzim utama untuk membantu menanggalkan pelbagai jenis kotoran degil, selain bebas SLS dan paraben. Eco Softener Sheets pula membantu melembutkan dan menyegarkan pakaian dalam format kompak yang mudah digunakan.
Applecrumby turut melangkah ke kategori penjagaan dewasa menerusi Liv & Branche SkinGuard+ Adult Briefs dan Slips. Langkah ini mencerminkan komitmen Applecrumby untuk menyokong keselesaan, maruah dan perlindungan pada setiap fasa kehidupan.
Kesemua inisiatif ini mencerminkan evolusi Applecrumby daripada jenama penjagaan bayi kepada jenama penjagaan keluarga yang berkembang bersama keluarga pada setiap fasa kehidupan.
Comments
Post a Comment