SENSASI HITS AKUSTIKA RICHARD MARX


Berbekalkan hanya gitar, piano dan lontaran suaranya yang mempersonakan, penyanyi Richard Marx berjaya memukau lebih 3,000 peminatnya yang hadir memenuhi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Plenary Hall Rabu lepas.

Dibawakan oleh Fat Boys Malaysia dengan peneraju utama – Malaysia Major Events dan Kementerian Pelancongan Malaysia dengan sokongan Prestige dan Lite FM, konsert dua jam tanpa henti berjaya mengubat rindu para peminat penyanyi ini yang popular di era 90-an.


Tirai malam persembahan dibuka dengan melangkahnya Richard Marx dengan bersahaja ke pentas tanpa pengumuman. Kehadirannya disambut dengan sorakan dari peminat yang rata-ratanya sudah berumur 30 tahun ke atas.



Dimulakan dengan lagu Endless Summer Night, para penonton dihidangkan dengan set akustika lagu hit demi hit dari Richard. Antara lagu yang dinyanyikan adalah Take This Heart, Now and Forever, Hazard, Angelia dan banyak lagi. Paling utama lagu Right Here Waiting memang dinantikan oleh peminat setia Richard. Dewan bergema dengan nyanyian penonton bersama Richard Marx.


Richard bijak mengawal penonton dengan celoteh bersahaja daripadanya. Sebelum setiap lagu diperdengarkan beliau bercerita sedikit tentang lagi dan pengalaman di sebalik penghasilan lagu-lagu tersebut.

Antara saat yang sukar dilupakan dalam konsert tersebut adalah penampilan anak-anak Richard Marx, Brandon, Lucas dan Jesse dalam video, mengiringi bapa mereka dalam lagu “Save Me”. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bakat anak-anak Richard terserlah dalam bidang muzik seperti bapa mereka. 


Sebagai seorang penyanyi, penulis lirik dan penerbit, karya Richard Marx telah mendapat tumpuan selama hampir tiga dekad. Berasal dari kelahiran Chicago , Richard telah menjual sebanyak 30 juta album diserata dunia. Bermula dengan debut secara sendiri, dia telah meletakkan dirinya di tangga ke-8 carta serta memonopoli empat kedudukan daripada Top 5 single!


Pada keseluruhannya, konsert ini menghiburkan terutama pada para peminat yang membesar dengan lagu-lagu balada dendangannya. Walaupun diselingi dengan beberapa lagu baru yang mungkin kurang diperdengarkan, penonton puas dengan dendangan lagu-lagu hits Richard Marx yang malar segar dan memang dinanti-nantikan.



Senarai Lagu/ Setlist. 
1. Endless Summer Nights
2. Take This Heart
3. Keep Coming Back
4. Hold On To The Nights / Now and Forever
5. Hazard
6. Save Me
7. Turn Off The Night
8. Until I Find You Again
9. This I Promise You
10. Satisfied
11. Just Go
12. Angelia
13. Don’t Mean Nothing
14. Should’ve Known Better
15. Right Here Waiting

Comments

Popular Posts