“LITTLE MIX” MEMUKAU UMPAMA “BLACK MAGIC”


Little Mix, salah satu kumpulan gadis terbesar United Kingdom, berada di Kuala Lumpur untuk pertama kalinya untuk jelajah rantau Asia Tenggara, ‘The Get Weird Tour’.

Persembahan secara langsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, yang dianjurkan oleh Fat Boys Malaysia, dengan tajaan utama, Tune Talk – perkhidmatan prabayar mudah alih yang terpantas berkembang di negara ini dengan sokongan – Channel Music Rasmi, MTV & Radio Rasmi, Hitz FM yang telah berjaya menarik peminat Little Mix beratur untuk masuk dari 7 pagi.


Little Mix yang di anggotai 4 gadis muda, Jade Thirlwall, 23, Perrie Edwards, 22, LeighAnne Pinnock, 24, dan Jesy Nelson, 25, adalah pemenang dari siri The X Factor. Little Mix telah menjual lebih 7 juta rekod, dan mempunyai dua single UK No.1 dan dua platinum album yang berjudul ‘DNA’ dan ‘Salute’.

Menepati jelajah ke serata rantau, Little Mix telah menjadi penerima Cosmo Ultimate Woman Award dan Glamour Women of The Year Award.


Tiket untuk Rock Zone (RM218) & Chill Out Zone (RM188) telah habis dijual, membuatkan 3000 Mixers, (gelaran peminat Little Mix) berkumpul untuk kumpulan gadis kegemaran mereka. Dan secara eksklusif, 30 Mixers bertuah dapat bertemu Little Mix di sesi ‘meet & greet’ sebelum persembahan bermula. 


Pada ketika persembahan 90 minit itu, Jesy telah mengalami kecederaan di pergelangan kakinya dan beliau terus ke belakang pentas untuk mendapatkan bantuan.

Sejurus itu, beliau dikejarkan ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut dan otot ligamen beliau disahkan koyak. Walaupun tanpa kehadiran Jesy, anggota yang lain terus memberikan penonton persembahan yang padu.

Jesy kemudian tweet di halaman rasmi twitter nya, ‘Oh God guys, its always me. So so gutted I couldn’t perform for the last part of the KL show tonight! Thanks to my amazing 3 girlies for carrying on without me! Torn the ligaments in my ankle but resting up for the Singapore show on Monday… Just maybe no dancing for me. Can’t wait to see all you Singapore mixers!’


Senarai Lagu (Set List):
1) Intro – Grown
2) Move
3) Hair – Change Your Life
4) Wings
5) Lightning
6) DNA
7) Secret Love Song
8) Medley – Salute
9) Little Me
10) How Ya Doin’
11) Love Me Like You Do
12) Weird People
13) Black Magic

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI