BRYAN ADAMS GEMURUHKAN STADIUM MALAWATI


Bryan Adams tidak lokek dengan lagu-lagunya. Para penonton yang hadir untuk Konsert “The Get Up Tour” Live in Kuala Lumpur semalam (21 Januari 2017) di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam disajikan dengan 30 puluh lagu termasuk 6 lagu encore.

Konsert ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari peminatnya di Malaysia – di anggarkan lebih 7,000 peminat yang menghadiri konsert ini Memulakan konsert tepat jam 9 malam dengan lagu “Do What Ya Gotta Do”, single ketiga daripada album terbarunya, penyanyi kelahiran Kanada tersebut menggegarkan arena dengan lagu-lagu irama rock yang begitu rancak.

Konsert “The Get Up Tour” ini adalah sebahagian daripada usaha mempromosikan album studionya yang ke-13 “Get Up”. Album terbitan Jeff Lynne dan digubah bersama Jim Vallance menampilkan sembilan lagu baru dan empat versi akustik. Momentum rancak diteruskan dengan beberapa lagu seperti lagu Can’t Stop This Thing We Started, Run to You dan Go Down Rockin’ sebelum beliau mendendangkan lagu balada cinta “Heaven”.


Seluruh stadium bertukar kepada suasana kararoke di mana para penonton menyanyi bersama dengannya.

Konsert tidak membosankan kerana lagu-lagu baru yang mungkin masih lagi asing, dicampurkan secara berselang-seli dengan lagu-lagu kegemaran ramai. Bryan sempat mengambil selfie bersama peminat-peminatnya.

Kerjaya seni Bryan Adams bermula sejak tiga dekad yang lalu dan pastinya beliau mempunyai banyak lagu-lagu hits. Dalam konsert kira-kira 2 jam, beliau sempat mempersembahkan 30 buah lagu tanpa henti, sesuatu yang jarang penah dilakukan oleh seseorang artis, lebih-lebih lagi secara “live”.



Suaranya masih padu dan lantang, seperti mana yang didengar melalui CD. Agak tidak percaya yang usianya telah mencecah 56 tahun. Persembahannya bertenaga dan mampu bersaing dengan kugiran anak-anak muda di luar sana!

Antara lagu-lagunya yang hit pilihan yang dipersembahkan di konsert “Get Up” tour adalah Heaven, Everything I Do (I Do It For You), Please Forgive Me, Summer of 69, Have You Really Loved A Woman dan banyak lagi sebelum konsert ditamatkan dengan dendangan lagu “All For Love” secara akustik!


A post shared by Bryan Adams (@bryanadams) on

Senarai Penuh Lagu Konsert Bryan Adams Get Up Tour
1. Do What Ya Gotta Do
2. Can’t Stop This Thing We Started
3. Don’t Even Try
4. Run to You
5. Go Down Rockin’
6. Heaven
7. Kids Wanna Rock
8. It’s Only Love
9. This Time
10. You Belong to Me
11. Summer of ’69
12. Here I Am
13. Let’s Make a Night to Remember
14. When You’re Gone
15. (Everything I Do) I Do It for You
16. If Ya Wanna Be Bad Ya Gotta Be Good
17. Back to You
18. We Did It All
19. Somebody
20. Have You Ever Really Loved a Woman?
21. Please Forgive Me
22. Cuts Like a Knife
23. 18 til I Die
24. The Only Thing That Looks Good on Me Is You

Encore:
25. Brand New Day
26. C’mon Everybody (Eddie Cochran cover)
27. All Shook Up (Elvis Presley cover)
28. She Knows Me
29. Straight From the Heart
30. All for Love (Bryan Adams, Rod Stewart & Sting cover)



BRYAN ADAMS Album “Get Up” boleh dibeli sekarang melalui platform digital termasuk lagu “You Belong To Me”, single pertama dari album tersebut.

Layari: http://smarturl.it/BryanAdamsGetUp.

Artis:
www.bryanadams.com
www.twitter.com/BryanAdams
www.facebook.com/BryanAdams

Penganjur:
https://www.facebook.com/FatBoysMY/
https://twitter.com/fatboysmalaysia
http://instagram.com/fatboysmalaysia

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM