"ALICE IN WONDERLAND" MEMUKAU DI RW GENTING


Kemeriahan cuti sekolah menanti pengunjung Resorts World Genting dengan perarakan, Wonderland Parade yang menarik sempena pementasan muzikal Alice in Wonderland di Genting International Showroom dari 17 sehingga 26 Mac 2017.

 Berdasarkan novel 1865 oleh Lewis Carroll, tafsiran seni Alice in Wonderland ini adalah unik kerana ia dalam bahasa Mandarin dan mempunyai watak-watak animasi 3D yang dihasilkan di China.

Dicipta oleh Sino-Canadian Cooperative Multimedia Musical, ia menggabungkan muzik, tarian dan multimedia, dan telah dipersembahkan di lebih daripada 10 buah negara, termasuk John F. Kennedy Centre di Washington, CT 3 International Festival di Singapura, Vancouver Symphony Orchestra di Kanada, Guangzhou Opera House di China, dan Sai Wan Ho Civic Centre di Hong Kong.

Muzik multimedia yang pertama pernah Sino-Canadian Cooperative Multimedia Musical ihasilkan, memperlihatkan penggunaan teknologi interaktif dalam projeksi filem.

Pihak penganjur menggambarkannya sebagai “ilusi audio-visual yang tidak pernah dipertontonkan di dalam teater peringkat biasa” dan sesuatu yang bakal mengubah semula dunia teater muzikal.

Pasukan kreatif penerbitan teater muzikal ini terdiri daripada Ketua Pengarah Suzannee Goyette, penulis skrip dan penulis lirik Wang Lingyun, komposer Qi Feng, pengarah visual Tao Kai, dan koreografer Yan Wensi.

Kanak-kanak dan orang dewasa akan terpukau dengan keajaiban 16 watak termasuk Rama-rama, Pari-pari, Bunga Gergasi, Badut, Burung, Lebah, Ulat Bulu, dan Sang Labah-labah yang nakal.

Persembahan muzikal ini menampilkan 10 buah lagu asli termasuk In a World of My Own by Alice, I’m Late by White Rabbit, We’re not Waxworks by Duchess, Painting the Roses Red by Knave of Hearts, and What Genus Are You by Caterpillar. Muzik latar dihasilkan oleh German Radio Orchestra.










Tiket-tiket berharga RM268 (VIP), RM168 (PS1) and RM98 (PS2).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI