“SOUL OF SHAOLIN” PENUH AKSI DI RW GENTING
Seni mempertahan diri, kung fu memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Dari arena pertandingan ke filem-filem blockbuster, kungfu menjadi tontonan jutaan orang kerana ketangkasan dan kekuatannya.
Sempena cuti sekolah ini, penggemar kungfu Cina pasti teruja kerana Resorts World Genting membawakan persembahan kungfu dari Shaolin, China ke Malaysia.
Persembahan teater, Soul of Shaolin: Hui Guang’s Story bakal dilangsungkan di Genting International Showroom pada 28 Mei sehingga 26 Jun 2017.
Persembahan yang pernah memenangi pencalonan Anuherah Tony Awards ke-63 pada tahun 2009, telah dipersembahakan lebih 500 kali di serata dunia termasuk negara-negara seperti Merika Syarikat, Australia, Italy, Norway, India, Korea, Turkey, Macau, Hong Kong, dan Turki.
Dalam persembahan pembukaan pertama di Marquis Theater di Broadway, AS pada Januari 2009, semua tiket untuk 7 persembahan telah habis dijual. Memang hebat, bukan?
Di Resorts World Genting, Soul of Shaolin: Hui Guang’s Story bakal dilangsungkan di Genting International Showroom pada jam 9malam atau 4petang*, dari 28 Mei sehingga 26 Jun 2017.
Terdapat dua persembahan pada jam 4petang dan 9malam pada 24 Jun. Sebanyak 22 persembahan yang panjangnya 90 minit telah dijadualkan.
Soul of Shaolin: Hui Guang’s Story adalah kisah pahit getir seorang sami Shaolin yang telah terpisah dengan ibunya ketika masih bayi. Ibunya meninggalkannya di dalam belukar apabila dia dikejar oleh sekumpulan penjahat.
Bayi tersebut dijumpai oleh sorang sami kungfu Shaolin, Na Luo bersama sekeping pecahan jade yang ditinggalkan oleh ibunya. Bayi yang bernama Hui Guang, dibesarkan dan diajar seni kungfu oleh sami-sami di kuil Shaolin.
Apabila Hui Guang mendapat tahu akan asal-usulnya, dia mula meminum arak dan bergaduh dengan sami-sami lain. Dia lalu dihukum dan dikurung di dalam gua Bodhidharma di mana dibelajar tentang kemurnian jiwa Shaolin yang sejati. Dapatkah Hui Guang mencari ibunya?
Bagaimanakah caranya? Ketahui kesudahan Soul of Shaolin: the Story of Hui Guang di Resorts World Genting!
Dalam persembahan selama 90minit, terdapat waktu rehat selama 10 minit di mana beberapa para penonton berpeluang mempelajari gerakan kungfu daripada sifu-sifu Shaolin untuk memenangi cenderahati dari China. Persembahan kungfu ini menampilkan lagak-lagak ngeri yang mendebarkan yang diselitkan dalam jalan cerita yang mudah difahami oleh semua termasuk kanak-kanak.
Kekebalan pengamal kungfu dipamerkan dalam koreografi yang rapi dalam babak-babak Soul of Shaolin. Penonton pasti terpegun dengan ketangkasan pergerakan kungfu Shaolin yang menjadi kegemaran ramai. Pergerakan kungfu yang seiring umpama menari membuatkan persembahan ini mendapat pujian dari seluruh dunia.
Selain daripada persembahan Soul of Shaolin, jangan ketinggalan untuk menikmati kemeriahan cuti sekolah di Resorts World Genting Highland dengan Pesta Kanak-kanak Antarabangsa Genting atau Genting International Children’s Festival 2017.
Pelbagai aktiviti seni, tarian dan muzik seperti cosplay, pancaragam, tarian balet dan banyak lagi bakal dilangsungkan di beberapa lokasi di Resorts World Genting.
Tiket Soul of Shaolin: the Story of Hui Guang boleh didapati dengan harga RM156 (VIP), RM126 (PS1), RM96 (PS2). Ahli GRC (Genting Rewards Card) mendapat diskaun 10%.
Untuk maklumat lanjut, sila lhubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com
Comments
Post a Comment