RW GENTING SEDIAKAN PELBAGAI JENIS KUIH BULAN


Resorts World Genting tidak ketinggalan menyambut kedatangan Perayaan Pertengahan Musim Luruh dengan menyediakan pelbagai pilihan kuih bulan dan perhiasan tanglung bagi meraikan sambutan itu.

Sudah menjadi satu kemestian bagi setiap pusat beli-belah, restoran dan gerai-gerai bersaing sesama sendiri bagi menyediakan resepi baharu kuih tradisional itu.

Di Resorts World Genting, pelbagai pilihan kuih bulan menanti para tetamu. Bermula 19 Ogos ini sehingga 4 Oktober nanti, penggemar kuih bulan boleh membelinya di Garden Courtyard (Tingkat 1, pusat beli-belah SkyAvenue), antara pukul 12 tengah hari hingga 8 malam.


Terdapat juga kios khas di Wisma Genting yang menjual kuih tradisional ini iaitu di OneHub (bersebelahan kaunter tiket Resort World Tours) dengan pelbagai pilihan yang pasti membuka selera anda. Pembelian boleh dilakukan bermula 11 sehingga 29 September (kecuali pada hujung minggu dan cuti umum) dari pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Perisa baharu pada tahun ini yang pasti menaikkan selera anda adalah kuih bulan putih dengan pes beri biru , pes teh hijau dengan bijan hitam jingsa, pes jagung manis dengan satu telur kuning, pes jed pandan putih kastad susu mentega, pes buah naga bersama kelapa jingsa dan pes teratai berperisa teh pu er dengan jingsa oren mandarin kering.

Tidak dilupakan juga beberapa jenis kuih bulan kegemaran ramai iaitu pes teratai putih kurang manis, pes teratai dengan satu kuning telur atau dua kuning telur, pes kacang merah, pes teratai teh hijau, pes jed emas dengan satu kuning telur, pes teratai durian, pes kacang “Ng Yan”, pes teratai putih dengan telur kuning bijan hitam serta pes pu er teratai bersama satu telur kuning.


Kuih bulan Dewa Kekayaan pula boleh didapati dua biji dalam satu paket. Lagi banyak anda beli lebih untung kerana setiap pembelian 50 kotak (satu kotak mengandungi empat biji) diskaun sebanyak 30% akan diberikan.

Setiap pembelian empat biji kuih bulan pula, pengunjung akan menerima kotak perhiasan secara percuma. Untuk maklumat lanjut, hubungi +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!