SEPUTAR SIDANG MEDIA FILEM "THINK BIG BIG"
Pada tahun 1986, Chiu Keng Guan telah menjumpai sebuah buku berjudul I Can Do It, So Can You hasil nukilan Taylor Gun-Jin Wang. Penulis buku tersebut yang merupakan seorang saintis anak kelahiran Amerika berbangsa Cina pertama yang terjebak dalam dunia angkasa lepas.
Disebabkan itu, penulis tersebut juga secara tidak langsung telah memberikan inspirasi kepada Chiu ketika umurnya masih muda, kerana Chiu juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang angakasawan.
Bagi Chiu, buku adalah penting dan dianggap sebagai nadi kehidupannya. Dengan adanya buku, Chiu dapat memotivasikan dirinya bermula dari zaman kanak-kanak dan mempengaruhi pelbagai karyanya sehingga dewasa kini. Menerusi filem terbaharunya, Chiu dapat menghidupkan semula impiannya ketika zaman kanak-kanak.
Hasil penerbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment & MM2 Entertainment, Think Big Big, yang memulakan penggambarannya pada Ogos 2017, kini telah siap dan bakal ditayangkan di seluruh pawagam setiap negara bermula 15 Februari 2018.
Think Big Big menceritakan kisah seorang gadis bernama Moon, seorang gadis yang memiliki ukuran badan agak gempal dan suka berangan-angan untuk menjadi seorang angkasawan. Membesar di sebuah pekan kecil oleh ibu bapanya yang sangat penyayang, gadis ini sentiasa mendapat sokongan, tunjuk ajar serta belaian kasih sayang yang tidak terhingga daripada kedua-dua ibu bapanya. Moon, seorang gadis yang sentiasa hidup dalam keriangan dan sangat berpuas hati dengan pekerjaannya sebagai maskot, kerana dia suka membawa kebahagiaan kepada setiap orang yang ditemuinya.
Realiti kehidupannya kian berubah, yang membuatkan dia lebih cekal dan tabah apabila terpaksa menanggung bebanan hutang-hutang. Moon terpaksa menyertai beberapa pertandingan yang memerlukannya untuk berkongsi perjalanan kecergasannya di media sosial semata-mata untuk mendapatkan kehidupan yang lebih senang.
Mesej utama yang menggunakan kata-kata positif seperti ‘Jadilah Diri Sendiri’, serta adanya kejujuran yang membuatkan kita lebih sedar bagaimana sosial media telah mengubah kehidupan kita, filem yang mengasyikkan ini akan membuatkan anda lebih menghargai masa anda bersama keluarga dan rakan-rakan, dan yang paling penting adalah anda dapat mempelajari bagaimana untuk mencintai dan lebih menghargai diri anda sendiri.
“Ini adalah kisah mencintai diri anda sendiri tanpa meletakkan apa jenis syarat, dan bukan menilai diri hanya melihat luaran sahaja. Filem Think Big Big akan memberikan impak yang besar kepada para penonton majoriti kepada mereka yang sangat mementingkan kecantikan terutamanya masyarakat pada hari ini.
Apabila cerita itu mendapat sambutan yang menggalakkan, saya berharap cerita ini akan mendorong para penonton untuk mempercayai diri mereka dan sentiasa memasang azam dan mimpi dan tidak perlu untuk takut dengan pendapat orang lain, “kata Chiu. Untuk lebih berkembang maju, Chiu pernah bermimpi untuk menjadi seorang pemain bola sepak dan angkasawan, hakikatnya, beliau hanya dapat memenuhi kedua-dua impiannya melalui pembuatan filem-filemnya.
Apa yang lebih bermakna bagi Chiu adalah, beliau akhirnya dapat bergabung tenaga dengan ahli sinematografi (Yong Choon Lin) dan pengarah seni (Soon Yong Chow) dari sebuah filem sempena Tahun Baru Cina yang berorientasikan hal-hal kekeluargaan antaranya adalah seperti WooHoo! (2010) dan Great Day (2011). Mereka turut disertai oleh Pereka Kostum Terbaik Festival Filem Malaysia 2016, Elaine Wong dan penyanyi tempatan kuasa Nicole Lai dan Bell Yu yang telah menyumbang kepada lagu rasmi filem, Dà Dà dan Wŏ Men masing-masing.
Dikenali dengan seorang pengarah yang berpotensi tinggi menaikkan bakat-bakat baharu dalam dunia lakonan, Think Big Big akan menampilkan juara bertahan Miss Astro Chinese International Pageant 2016, Serene Lim sebagai watak utama, bersama dengan pendatang baru Fabian Loo, Moon Yoong, Joanne Lau, Vivienne Oon, Ruby Yap dan Keigrey Kam.
Serene Lim |
Dengan adanya rekod prestasi Chiu dalam industri perfileman, Think Big Big telah mendapat perhatian daripada rakan-rakan pelaburan seperti Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, Multimedia Entertainment Sdn Bhd dan MM2 Entertainment Sdn Bhd, dan disokong oleh para penaja seperti Watsons Malaysia, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd, F & N Beverages Marketing Sdn Bhd (100PLUS) dan Sunway City KL sebagai rakan rasmi lokasi.
Untuk maklumat lanjut, ikuti #ThinkBigBig di media sosial.
Comments
Post a Comment