MAYBELLINE NY LANCAR "60 SHADES OF MATTE"
Maybelline New York Malaysia mempamerkan gincu The Creamy Mattes by Color Sensational, rangkaian gincu matte yang memastikan keselesaan bibir dengan formula berkrim ringan, bagi kemasan matte berpigmen tinggi yang kekal sepanjang hari.
Dengan tambahan 19 warna baru dan bergaya, Maybelline New York berbesar hati dapat menawarkan rangkaian yang begitu luas; dengan adanya 60 warna yang cantik buat pilihan para wanita Malaysia. Dari tona merah jambu manis, merah yang garang, tona kulit yang nude, dan warna plum yang menawan, sehinggalah ke tona-tona berani seperti ungu dan perang, kesemua dipilih secara teliti untuk disuaikan dengan tona kulit rakyat Malaysia yang pelbagai.
Anda pasti terpikat gincu yang sesuai dengan tona kulit dan personaliti anda. Anda juga boleh mencampurkan warna-warna tersebut untuk mendapatkan efek ombre yang ranggi!
Maybelline New York juga mengumumkan Elfira Loy, selebriti muda dan berbakat, sebagai rakan kolaborasi digital jenama tersebut. Hos TV, pelakon, dan personaliti sosial berumur 24 tahun ini akan bekerjasama dengan jenama ini dalam penghasilan bersama kandungan sosial dan digital seperti tutorial solekan dan paparan gaya hidup untuk memberikan inspirasi solekan bagi para peminatnya serta para penggemar alat solek.
Marina Khong, dari L’Oreal Malaysia, berkata: “Kami teruja dapat bekerjasama dengan Elfira Loy sebagai Rakan Kolaborasi Digital di Malaysia. Elfira merupakan personaliti TV dan personaliti sosial yang berbakat dan diiktiraf. Kami benar-benar suka akan cara Elfira berhubung dengan solekan, minatnya dan kecenderungan semulajadinya dalam bidang solekan, dan ini turut disukai oleh para penggemar kami. Elfira sememangnya seorang ikon belia, gaya, keyakinan dan semangatnya yang tidak mudah berputus asa itu menjadikannya rakan kolaborasi kandungan digital yang ideal.”
Bagi Elfira Loy, The Creamy Mattes by Color Sensational merupakan produk utama dalam koleksi solekannya. “Semua orang sedia maklum bahawa saya obses dengan alat solek! Antara benda yang wajib bagi saya adalah gincu; ia memberikan sentuhan warna yang dapat mengubah solekan saya. Saya biasanya memilih warna gincu berdasarkan mood saya, dan oleh itu, pilihan warna yang pelbagai sangat sesuai bagi saya. Saya suka The Creamy Mattes Lipsticks kerana dengan 60 warna yang menarik, pilihan saya tidak terhad!”
Tentang kolaborasi digital beliau bersama Maybelline, Elfira berkata: “Saya bersyukur dan gembira dapat bekerja sama dengan Maybelline New York, saya memang mengimpikan dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk bergembira sambil menghasilkan gaya solekan yang mudah dan bereksperimentasi dengan rangkaian solekan Maybelline yang mengujakan!”
Ikuti platform-platform digital Elfira Loy di Instagram & YouTube untuk paparan yang akan datang tentang gaya solekan, tutorial, calitan warna dan banyak lagi!
Gincu Maybelline New York ‘The Creamy Mattes by Color Sensational (RM27.90) kini boleh didapati di seluruh negara di farmasi, pusat membeli belah, kedai kecantikan dan pusat jualan dalam talian.
Comments
Post a Comment