BUFET RAMADAN: CITARASA ASEAN @ D’SAJI TITIWANGSA



Selepas lapan tahun menawarkan Bufet Ramadan, D’Saji Restoran & Cafe kembali menawarkan Bufet Ramadan 2018 dengan variasi yang lebih menarik serta pelbagai.

Bufet Ramadan kali ini ditawarkan di dua lokasi utama iaitu di RESTORAN D’SAJI KL TITIWANGSA dan LAKE CEMPAKA VILLA, BANGI. Dengan sasaran seramai 20,000 pengunjung dan sasaran jualan sebanyak RM 1.2 juta, Restoran D’Saji KL Titiwangsa memperkenalkan tema Taste of Asean untuk tahun ini.

Tema kali ini bakal menyaksikan menu utama 10 negara Asean laitu Thailand, Filipina, Indonesia, Laos, Cambodia, Vitenam, Myanmar, Brunel, Singapura dan Malaysia sendiri.











Variasi menu ini akan menarik minat mereka yang memang mencari menu yang pernah mereka rasa ketika berkunjung ke negara tersebut. Di dalam masa yang sama, variasi menu ini juga akan dicari oleh mereka yang menginginkan sesuatu yang baharu.

Apa yang pastinya menu pilihan dari Asean ini akan sentiasa dingati. Untuk tema TASTE OF ASEAN Ini. D’Saji Restoran&Cafe bakal menyediakan 120 menu sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Manakala LAKE CEMPAKA VILLA, Bangi mensasarkan pengunjung seramal 6,000 orang dengan sasaran jualan sebanyak RM250k.

Lokasi ini pula menawarkan menu makanan dengan tema Masakan Melayu Asli dan BBQ. Dengan 80 menu utama, Lake Cempaka Villa, Bangi akan menjadi pilihan mereka yang sentiasa rindu kepada masakan asal Melayu.

Kemudahan Surau yang berkapasiti 200 orang akan memberi keselesaan kepada semua. Surau tambahan juga akan dibuka jika bilangan pengunjung mencecah 800 orang ke atas.

Bagi yang menginginkan hidangan berbuka puasa secara privasi D’Sajil Restoran & Cafe turut menyediakan figa jenis dewan dari berkapasiti 50 sehingga 450 orang untuk dipilih.

Dengan seorang Executive Chef, dua orang Chef de Partie, sepuluh tukang masak dan 80 petugas di D’Saji Restoran & Cafe bersedia untuk menerima pelanggan sepanjang Ramadan ini.

ntuk Restoran Terapung KL Titiwangsa, harga bufet Ramadan untuk seorang pelanggan adalah sebanyak RM85 seorang. Manakala di Lake Cempaka Villa, Bangi. harga bufet Ramadan ialah RM58 seorang.

Tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-40210098. D’Saji Restoran & Cafe turut menawarkan harga promosi untuk kan kanak dan juga harga bagi warga emas. Diskaun sebanyak 50 % turut akan diberikan kepada 100 pelanggan pertama yang berbuka puasa pada hari pertama sehingga hari ketiga Ramadan.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM