GOODDAY MILK FEST KEMBALIKAN KEBAIKAN SUSU



Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan para pengguna produk Susu Goodday dengan penganjuran festival tahunannya iaitu Goodday Milk Fest 2018. Sambutan julung kali ini akan menjadi cukup istimewa berbanding sebelum ini kerana pada tahun ini Susu Goodday akan mencatat sejarah membanggakan dengan memenuhi keperluan rakyat Malaysia bersama kebaikan susu segarnya selama 50 tahun!

Sebagai sebahagian daripada sambutan penuh bermakna ini, Susu Goodday ingin menzahirkan rasa terharu dan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pengguna di Malaysia atas sokongan berterusan selama 50 tahun menerusi tawaran hebat, peraduan radio dan pelbagai promosi yang ditawarkan oleh pelbagai pihak.

Tidak cukup dengan itu, Susu Goodday baru-baru ini memperkenalkan variasi baharu yang pastinya menarik selera para pengguna iaitu Susu Goodday Kurma UHT. Diformulasi dengan pati kurma sebenar, variasi baharu ini berkongsi kebaikan susu yang digandingkan dengan rasa Kurma.

Bagi membantu meluaskan keriangan perayaan sambutan ulang tahun ke-50, dari 24 hingga 28 Julai, rangkaian kedai runcit 7-Eleven akan menawarkan satu pek Goodday UHT Milk 250ml pada harga RM1.50 (kecuali Susu Goodday Charge). Promosi ini sah di 7-Eleven di seluruh negara.

Pada masa yang sama, seluruh stesen minyak cawangan Shell Select akan mengadakan promosi di seluruh negara dengan menawarkan satu pek Susu Goodday UHT 250ml secara percuma dengan setiap pembelian dua pek Susu Goodday UHT 250ml.

Selain itu, PETRONAS Kedai Mesra di seluruh negara akan mengadakan peraduan SMS selama enam hari dari 24 hingga 29 Julai di mana lima pemenang bertuah berpeluang memenangi petrol percuma bernilai RM1,000 sehari. Oleh itu, petrol percuma berjumlah RM30,000 akan menjadi rebutan!

Untuk menyertai peraduan, peserta hanya perlu membeli dua pek Susu Goodday UHT 250ml dalam satu resit di mana-mana cawangan PETRONAS Kedai Mesra. Kemudian, hantar butiran peribadi mereka melalui mesej pesanan ringkas (SMS) dan simpan resit pembelian asal sebagai bukti pembelian. Pemenang akan diumumkan di halaman Goodday Milk Malaysia Facebook.

Di samping itu, kebaikan susu turut dikongsi menerusi myNEWS.com yang bakal mengadakan promosi pembelian dua pek Susu Goodday UHT 250ml pada harga RM3 dari 24 hingga 29 Julai, manakala rangkaian kedai 99 Speedmart di Semenanjung Malaysia pula menawarkan satu pek Susu Goodday UHT 1L pada harga RM4.49 dari 24 Julai hingga 1 Ogos.

Tidak ketinggalan juga kepada para pengunjung pawagam TGV Cinemas yang menonton filem-filem blockbuster, mereka layak untuk promosi pembelian 1 Kombo Saiz Besar beserta 1 pek Susu Goodday Charge UHT 250ml dengan harga RM1.90 sahaja sementara stok masih ada dari 24 Julai hingga 29 Julai. 

Bagi memeriahkan lagi sambutan tahunan ini, Mix FM akan menganjurkan peraduan Goodday Milk Fest ‘Maths-for-Cash’ dengan tawaran hadiah wang tunai terkumpul yang berjumlah RM45,000 untuk dimenangi. Berlangsung selama empat hari dari 24 hingga 27 Julai, para pendengar amat dialukan untuk menyertai cabaran menjawab soalan matematik yang menyeronokkan mengenai tawaran promosi Goodday Milk Fest dari jam 9.00 pagi hingga jam 7.00 petang! 

“Selama lebih 50 tahun, Susu Goodday Milk bukan suatu produk yang asing lagi bagi setiap isi rumah rakyat Malaysia. Kami cukup bertuah untuk berkongsi kebaikan produk kami bersama dengan manfaat kesihatan dan khasiatnya dengan para pengguna. Tanpa sokongan jitu para pengguna setia kami selama ini, amatlah sukar untuk kami mengecapi kejayaan ini dan kami amat berharap agar ia akan berterusan untuk masa yang akan datang’’, ujar Naib Presiden Pemasaran di Etika Sdn Bhd, Santharuban T. Sundaram.

“Goodday Milk Fest 2018 yang diadakan bersempena ulang tahun ke-50 Susu Goodday adalah suatu acara yang begitu dekat di hati kami. Harapan kami agar semua rakyat Malaysia dapat menikmati tawaran susu yang eksklusif dan menarik dari kami menerusi acara-acara yang kami sediakan bersama dengan variasi enak terbaharu kami, Susu Goodday UHT Kurma”, tambah beliau.

Diperkenalkan di Malaysia sejak 1968, Susu Goodday Milk menawarkan produk yang kaya dengan protein, kalsium dan vitamin A, D, B2 dan B6 bagi menyokong diet sihat dan gaya hidup seimbang. Malah, Susu Goodday bergiat aktif dalam menyebarkan kebaikan susu di seluruh negara menerusi variasi susu sedia adanya dalam bentuk UHT dan pasteur yang sesuai untuk setiap peringkat umur dan citarasa yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA