PENUHI KEPERLUAN PERCUTIAN ANDA DENGAN KLOOK



Para pelancong kini boleh mendapat tawaran paling hebat apabila membuat tempahan aktiviti serta pelbagai perkhidmatan dari lebih 200 destinasi dengan Klook, satu-satunya platform yang membolehkan para pengguna untuk meneroka, merancang dan menempah aktiviti serta menikmati pelbagai pengalaman, bukan sahaja di destinasi luar negara tetapi juga di seluruh Malaysia.

Diasaskan di Hong Kong pada 2014, Klook telah mula beroperasi di Malaysia sejak November tahun lalu, membuktikan komitmennya dalam menawarkan satu platform yang telus dan mudah digunakan bagi memenuhi keperluan pengembara ‘Free & Independent’ (FIT) Malaysia.

Dipacu perkembangan yang memberangsangkan serta kejayaannya di negara-negara lain, Klook teruja untuk mengukuhkan lagi kehadirannya di Malaysia dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan pengembaraan bagi memperkasakan pelancong tempatan.

“Inilah masa yang terbaik untuk berada di Malaysia, berpaksikan kepada perubahan lanskap ekonomi serta politik yang baru saja berlaku di negara ini dan keterujaan rakyat Malaysia untuk melancong. Kami mendapati tempahan aktiviti yang dibuat oleh rakyat Malaysia untuk destinasi domestik dan luar negara meningkat sehingga lima kali ganda setiap tahun. Ia menunjukkan bahawa langkah Klook untuk berkembang ke Malaysia adalah tepat pada masanya dan kami berhasrat untuk menawarkan penyelesaian yang lebih bersifat tempatan serta pilihan aktiviti yang lebih meluas kepada rakyat Malaysia. Antara contohnya ialah ‘Good Vibes Music Festival’. Mereka yang ingin mendapatkan tiket untuk ke festival berkenaan boleh menikmati pelbagai ganjaran yang ditawarkan oleh Klook, termasuklah pengecualian yuran pemprosesan serta memperolehi kredit,” kata Ketua Pemasaran Klook Asia Tenggara, Marcus Yong.

Dalam masa hanya beberapa saat, pengguna boleh mendapat akses kepada lebih 40,000 pilihan tempahan aktiviti serta perkhidmatan daripada lebih 200 destinasi di seluruh dunia. Aktiviti yang dimaksudkan termasuklah acara tarikan & pertunjukan, aktiviti & pengalaman, lawatan & melancong makan angin, makanan & restoran, serta logistik pengangkutan tempatan dan sambungan wi-fi.

Klook menyediakan platform semua-dalam-satu untuk para pelancong membuat tempahan dan menerokai aktiviti-aktiviti menarik. Klook turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi untuk menggalakkan pelancong menerokai semua aktiviti yang ditawarkan oleh sesebuah destinasi; samada tarikan pelancong yang utama seperti Eiffel Tower di Paris; snek yang wajib dicuba seperti wafel telur di Hong Kong; mahupun aktiviti mesra keluarga seperti lawatan ke Universal Studios Jepun dan bersarapan sambil ditemani oleh hidupan liar di Zoo Singapura -

Klook mempunyai semuanya, dengan lebih 3 juta ulasan pengguna yang disahkan dan penilaian yang positif.

Para pelancong juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan serta akses eksklusif hanya dengan membuat tempahan melalui Klook:
● Tempahan pada hari yang sama dan pengesahan pembelian serta-merta
● Baucar di telefon mudah alih sebagai e-tiket
● Akses pantas tanpa perlu beratur supaya pelancong boleh meluangkan lebih banyak masa menikmati aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Marcus Yong - Ketua Pemasaran Asia Tenggara Klook

“Matlamat kami ialah untuk menjadi rakan pelancongan kepada komuniti pengembara yang kian berkembang di seluruh dunia. Sebagai seorang pengembara, saya bergantung kepada pengalaman sendiri untuk menghasilkan produk yang dapat memberi manfaat serta meningkatkan pengalaman percutian menerusi Klook - satu platform yang disukai oleh semua jenis pelancong,” kata Presiden & Ketua Pegawai Operasi, Pengasas Bersama Klook, Eric Gnock Fah.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Klook telah menyaksikan perubahan dalam trend pelancongan rakyat Malaysia, di mana ramai antara mereka lebih suka membuat kajian serta merancang percutian mereka sendiri.

Aplikasi mudah alih Klook yang telah memenangi pelbagai anugerah ini dapat memenuhi keperluan pelancongan moden dengan membolehkan mereka menerokai serta menempah aktiviti dan merasai pengalaman menarik dengan hanya beberapa klik ketika sedang dalam perjalanan. Klook turut mendedahkan bahawa lebih 60% daripada rakyat Malaysia membuat tempahan melalui aplikasi mudah alih pada telefon bimbit mereka.

Sila kunjungi www.klook.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING