SETAPAK CENTRAL PUPUK SEMANGAT SUKA BERKEBUN



Setapak Central, pusat membeli-belah mesra keluarga yang terletak di Jalan Genting Klang, menganjurkan acara berkebunnya yang pertama, bertemakan “Bloom & Grow” bermula dari 5 hingga 8 Julai 2018.

Acara berkenaan menyaksikan pakar tanaman, persatuan dan penyedia penyelesaian berkebun mempamerkan produk serta perkhidmatan masing-masing di bazar tanaman bagi memenuhi permintaan dari kalangan masyarakat setempat yang berminat untuk mendalami aktiviti berkebun di bandar.

“Sebagai sebuah pusat membeli-belah komuniti, kami berhasrat untuk memupuk dan menyokong minat komuniti tempatan dalam aktiviti berkebun di bandar. Selain daripada bazar tanaman, orang ramai juga boleh menyertai demonstrasi oleh pakar tanah dan tanaman yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu. Kami amat gembira dengan sambutan awal yang kami terima daripada vendor-vendor yang mengambil bahagian dan kami bercadang untuk menjadikan acara ini sebagai acara tahunan,” jelas Pengurus Pusat Beli-Belah Setapak Central, Tan Thiam Sing.



Turut hadir pada majlis pelancaran acara berkenaan ialah Pakar Tanah dan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Dr Christopher Teh Boon Sung, yang turut berkongsi nasihat penting mengenai tanda-tanda tumbuhan menghadapi masalah seperti daun gugur, keguguran bunga serta buah, dan memberi panduan mengenai campuran tanah yang betul untuk beraneka jenis tanaman di dalam pasu. Beliau turut disertai oleh “Doktor Tanaman”, Francis Chuah Teong Kah dari Urban Farm Tech, yang menghoskan sesi interaktif mengenai teknik-teknik mereka bentuk dan menyelenggara akuaponik, sebuah sistem yang menggabungkan akuakultur dan hidroponik konvensional dalam persekitaran simbiotik.

Rakan-rakan media turut menyertai lawatan ke gerai-gerai pameran di mana para vendor mempamerkan bidang kepakaran masing-masing. Serbajadi Gardening berkongsi ilmu pengetahuan tentang cara-cara untuk menanam sayur-sayuran anda sendiri dan berkebun di dalam bekas simpanan barang, sementara Terra and Copper Work mencuri perhatian pengunjung dengan demonstrasi seni terarium. Persatuan Bonsai & Suseki Malaysia, pakar di dalam bidang seni penanaman pokok-pokok mini berkongsi rasa cinta mereka terhadap teknik penanaman tanaman yang memerlukan perhatian rapi dan petua-petua penjagaan pokok bonsai.



Turut mengambil bahagian dalam menjayakan bazar tanaman itu ialah Plant & Pot, yang menawarkan pelbagai pilihan tumbuh-tumbuhan hijau untuk hiasan dalaman dan di luar rumah.

Para pengunjung dapat menikmati pelbagai tawaran istimewa produk-produk berkebun seperti baja tanaman yang berkualiti, campuran tanah untuk pasu, biji-biji benih dan banyak lagi.



“Komuniti yang tinggal di sekitar Setapak Central terdiri dari kalangan pemilik-pemilik rumah, ahli keluarga serta para pelajar dan kami merasakan bahawa dengan menggalakkan mereka berkebun dapat mengurangkan tekanan akibat kesesakan hidup di kota dan terlalu kuat belajar. Oleh itu, kami berusaha untuk mencari dan membawa pakar-pakar di dalam bidang masing-masing untuk membantu menyemai minat suka berkebun dan berkongsi ilmu pengetahuan agar tanam-tanaman di kebun mereka dapat hidup subur,” tambah Tan Thiam Sing. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Setapak Central di http://setapakcentral.com.my, laman Facebook Setapak Central http://www.facebook.com/SetapakCentralMall atau hubungi Setapak Central di 03 4143 5576.

Comments

Popular Posts