6 TIPS MENCARI BUSANA PENGANTIN PLUS-SIZE YANG SEMPURNA



Pengantin mana yang tak nak kelihatan cantik untuk hari perkahwinan. Namun, jika anda seorang pengantin plus size, mungkin anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran untuk mendapatkan busana pengantin yang sempurna bagi majlis tersebut.

Jangan gusar, pemilik Curvy Brides Boutique, Jo Cooke dan Alison Law akan membantu dengan memberi enam tips untuk mencari busana pengantin yang hebat bagi susuk tubuh anda yang curvy.


#1: Buat Kajian Terperinci
Mencari pakaian pengantin bukanlah semudah membeli pakaian secara online untuk kegunaan harian. Jo dan Alison menekankan yang pakaian pengantin adalah pakaian paling mahal yang anda akan miliki seumur hidup dan ia amat penting bagi membuat pilihan yang bijak sebelum membelinya. Dapatkan ukuran badan anda yang sebenarnya agar baju yang dibeli nanti menyerlahkan kecantikan anda di samping menyembunyikan bahagian yang kurang disenangi.


#2: Tingkatkan lagi usaha kajian!
Jangan buang masa membuat ‘bridal-gown’ hopping. Jika anda mempunyai senarai butik-butik pengantin yang anda akan kunjungi - telefon terlebih dahulu untuk memastikan mereka mempunyai baju-baju plus size untuk anda cubai. Terdapat butik mengiklankan pakaian plus size, namun pada hakikatnya mereka tidak mempunyai pakaian tersebut di butik dan terpaksa ditempah. Jangan buang masa anda untuk berulang-alik pergi ke butik dan kemudian kecewa.



#3: Jangan Sekat Pilihan Anda
Buka minda anda untuk pelbagai bentuk dan gaya. Ramai pengantin plus size yang sudah membuat andaian sendiri apa yang boleh mereka pakai. Jo dan Al selalu menggalakkan pelanggannya untuk mencuba pakaian yang lebih menonjol. Belum cuba, belum tahu! Anda mungkin akan terpegun dengan pilihan baju yang belum pernah anda cuba pakai.



#4: Mak kata jangan pilih yang kedua terbaik! 
Hari Perkahwinan anda adalah satu hari yang paling penting dalam hidup di mana anda akan mulakan hidup baru dengan lelaki yang tercinta. Pilihah yang terbaik untuk diri anda. Jo selalu mengingatkan pelanggannya untuk memastikan diri mereka gembira dngan pilihan baju pengantin, seolah-olah seperti memilih teman hidup mereka.



#5: Terima khidmat yang baik dan saksama.
Setiap pengantin layak untuk mendapatkan hari perkahwinan ala kisah dongeng yang mereka impikan sejak dari kecil. Alison mengingatkan pelanggan mereka agar tidak memberi toleransi terhadap layanan buruk daripada butik kerana anda berbadan besar. Anda berhak untuk mendapat layanan seperti pelanggan-pelanggan yang lain.



#6: Jangan membeli-belah secara online!
Walaupun mudah dan murah, jangan terperangkap dengan laman-laman sesawang yang menawarkan pakaian pengantin. Barangan murah lazimnya tidak berkualiti. Ia tidak mustahil untuk mendapatkan pakaian pengantin yang mampu-milik di butik seperti mana yang dibuktikan oleh Jo dan Alison setiap musim.

Curvy Brides Boutique S2 
Jangan lupa dapatkan lebih banyak tips untuk Hari Perkahwinan anda di Curvy Brides Boutique Musim 2 yang bakal memulakan tayangan di TLC (Astro Channel 707) pada hari Jumaat, 31 Ogos 2018 @ 8.05malam.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3