ANTABAX LANCAR KEMPEN ‘BRING JOY BACK, NOT GERMS’



Aktiviti bersiar-siar bersama keluarga sepatutnya digunakan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain. Namun, peningkatan penyebaran jangkitan seperti Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) menyebabkan kemungkinan kuman dibawa ke rumah kian meningkat.

Antabax, rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Halal nombor 1 di Malaysia telah menganjurkan kempen ‘Bawa Pulang Kegembiraan, Bukan Kuman’ (Bring Joy Back, Not Germs) untuk mengajar langkah-langkah mudah yang boleh mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit, agar masa riadah bersama keluarga lebih bersih dan menyeronokkan.

Kebimbangan ibu bapa dan penjaga mengenai risiko anak-anak di bawah jagaan mereka mendapat jangkitan HFMD terutamanya di tempat-tempat awam memang ada asasnya.

Bermula 16 Ogos 2018, statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan seramai 52,393 orang kanak-kanak telah dilaporkan menjangkiti HFMD.

Dilancarkan sempena program Derma Darah 5.0 MBO Cinema di Starling Mall, Damansara Uptown, kempen tersebut menampilkan satu ceramah bertajuk “5 Perkara yang Perlu Ibu Bapa Tahu Mengenai Penyakit Berjangkit” oleh seorang pakar dari Pusat Perubatan Sunway selain demonstrasi kebersihan oleh jururawat dari Universiti Mahsa, interaksi dengan maskot Antabax, Germbuster, kuiz dan pelbagai hadiah menarik.

Aktiviti-aktiviti ini dilihat berjaya menyampaikan mesej mengenai pentingnya amalan kebersihan tangan dan secara keseluruhannya kepada golongan dewasa serta kanak-kanak.

Pada masa yang sama mengambil langkah-langkah kebersihan tambahan untuk mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit, terutama yang disebarkan melalui tangan yang kotor. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), dianggarkan 80 peratus penyakit berjangkit dipindahkan melalui sentuhan.

Sebab itulah CDC menyatakan kebersihan tangan sebagai salah satu langkah yang paling penting untuk mengelak daripada jatuh sakit dan menyebarkan kuman kepada orang lain.


Pengurus Besar Kanan, Jabatan Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Francis Ng memberitahu jenama ini telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi menggalakkan amalan kebersihan tangan dan secara keseluruhan yang boleh menyokong gaya hidup aktif rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia semakin gemar menjalani gaya hidup sihat sama ada menerusi sukan, bersosial, membeli-belah atau hiburan seperti menonton wayang.

Cabarannya adalah tidak membawa kuman berbahaya selepas berseronok di luar rumah. Langkah-langkah mudah seperti mencuci tangan dengan cara yang betul boleh membantu menggurangkan penyebaran sehingga 99.9% kuman berbahaya.


Senang kata, tangan yang bersih mampu menyelamatkan nyawa. Inilah mesej yang ingin kami sampaikan,” kata Ng. Rangkaian produk Antabax terdiri daripada cucian tangan, sabun, krim mandian, semburan pembersih antibakteria, gel dan tisu pembersih antibakteria yang menawarkan perlindungan daripada 99.9% kuman.

“Antabax mampu memenuhi keperluan kebersihan anda walaupun ketika ketiadaan air dan sabun melalui rangkaian produk semburan pembersih antibakteria, gel dan tisu pembersih antibakteria. Sebagai contoh, sebelum menikmati bertih jagung di panggung MBO, lap tangan anda dengan tisu antibakteria kami. Langkah mudah ini boleh membantu anda menikmati tayangan filem tanpa sebarang jangkitan kuman,” tambah Ng.

Ini merupakan tahun kelima program derma darah dianjurkan oleh MBO Cinemas. Syarikat itu berbangga kerana Antabax menjadi rakan kongsi dan dapat menyumbang dalam menyampaikan mesej kesihatan dengan mengetengahkan isu-isu kebersihan yang penting. Jika program derma darah MBO dapat membantu menambahkan bekalan darah negara, menghalang penyebaran penyakit berjangkit seperti yang dipromosikan oleh Antabax sememangnya lebih baik daripada mengubati.


Pakar Kesihatan Pekerjaan dari Pusat Perubatan Sunway, Dr. Anza Elias telah menyediakan satu garis panduan yang komprehensif tentang langkah mudah untuk mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit bagi orang dewasa dan kanak-kanak. Beliau berjaya membuatkan topik kebersihan yang serius ini lebih mudah difahami.

Dr. Anza juga menjawab soalan daripada ibu bapa dan membantu mereka mengurangkan kebimbangan dan menggalakkan kanak-kanak agar menjadi individu yang lebih mengutamakan kebersihan.


Pasukan jururawat dari MAHSA yang diketuai oleh Pn. Habibah Binti A Jalil, mengajar orang ramai dengan tujuh langkah kebersihan tangan dan empat langkah mencuci tangan.

Mereka mengikut tempo lagu membasuh tangan Antabax yang menarik dan membuat para pengunjung yang hadir turut serta. Pengunjung juga berpeluang belajar membersihkan tangan secara bersemuka dengan para pakar perubatan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai HFMD dan cara untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit, sila kunjungi laman media sosial Antabax di www.fb.com/NewAntabax dan Instagram @antabax.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI