BOH LANCAR TV NEGARAUMMPH SEMPENA MERDEKA
Mr Chen Chaw Chang, Chief Commercial Officer, BOH Plantations dan Pn Aina Ramly, Deputy Head of Marketing, BOH Plantations melancarkan NegaraUmmph TV. |
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61, BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) melancarkan saluran TV online yang diberi nama NegaraUmmph TV, satu gerakan seluruh negara untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dan membangkitkan semangat patriotisme dengan menyanyikan lagu Negaraku.
“Lepak. Mamak. Nasi lemak. Badminton. Bola Sepak. Teh Tarik, semuanya menarik! Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bangga, kami meraikan sifat-sifat kebudayaan unik ini yang melambangkan identiti kita sebagai anak Malaysia. Namun, Hari Kebangsaan tahun ini adalah lebih mengujakan berbanding dengan Hari Kebangsaan sebelum ini. Memandangkan persekitaran kita semakin berubah, kami berharap untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia yang bangga dan penuh semangat ‘Ummph’,” demikian kata Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersial BOH Plantations.
“Sebagai pengeluar teh tempatan, BOH telah menjadi sebati dengan budaya minum teh di Malaysia untuk selama 90 tahun. Namun, kami bukan sekadar ingin menyajikan teh sahaja. Di BOH, kami bertekad untuk berkhidmat kepada masyarakat di Malaysia dengan cara yang lebih bermakna. Justeru itu, NegaraUmmph TV bukan sahaja mencerminkan dedikasi kami untuk memperkaya pengalaman bagi semua rakyat Malaysia, tetapi ia juga membuktikan komitmen kami untuk terlibat dalam setiap detik bahagia dan perayaan dalam kehidupan peminat-peminat teh di seluruh negara,” tambah beliau.
Saluran 24-jan ini bakal memulakan siarannya pada jam 12.00 tengah malam pada tanggal 31 Ogos 2018.
Rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menyertai gerakan ini dengan melayari www.negaraummph.tv untuk merakamkan/ memuat-naik versi Negaraku nyanyian mereka mulai sekarang.
Rakaman yang telah dimuat-naik akan disiarkan untuk 24jam pada jam 12.00 tengahmalam pada Jumaat, 31 Ogos 2018.
Comments
Post a Comment