BOYZONE 25TH ANNIVERSARY WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR



Selepas berkecimpung dalam dunia hiburan selama 25 tahun, kumpulan Boyzone menyatakan hasrat mereka untuk bersara dengan penganjuran “25th Anniversary Farewell Tour”.

Konsert jelajah dunia ini telah tiba di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 24 Ogos lalu Kumpulan Boyzone telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan terdiri daripada Ronan Keating, Mikey Graham, Shane Lynch, Keith Duffy dan mendiang Stephen Gately.

Kini, kumpulan ini beraksi secara berempat setelah Stephen Gately meninggal dunia sembilan tahun lalu akibat penyakit jantung.

Para pengunjung konsert ini terdiri daripada golongan yang berusia tiga puluh tahun ke atas, yang pernah mengikuti kumpulan ini semasa muda remaja dahulu. Mereka dihiburkan dengan lebih 18 lagu hit Boyzone seperti "Isn't It A Wonder", "All That I Need", "No Matter What", "I Love The Way You Love Me" dan juga lagu baru "Because" yang digubah oleh Ed Sheeran.

Penyanyi utama, Ronan Keating turut mengucapkan "Selamat Hari Merdeka" dalam Bahasa Malaysia dan disambut dengan sorakan yang bergema di seluruh stadium.

Konsert yang berlangsung kira-kira satu jam lebih dianjurkan oleh Star Planet dan Entertainment Impact, dengan sokongan Fujicolor Entertainment, Unusual Entertainment dan Malaysia Major Events.


Shane Lynch

Mikey Graham

Keith Duffy

Ronan Keating









Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

SOARING CREATIVITY: PAVILION HONG KONG MERIAHKAN BOOKFEST @ MALAYSIA 2026

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

RAYA TETAP RAYA: RTM TEMAN SETIA SEPANJANG SYAWAL

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME