CABARAN MEMANAH KINI DI ECURVE SEMPENA CUTI SEKOLAH



Semua penggemar sukan memanah dijemput ke eCurve! Masanya telah tiba untuk mencari individu yang layak menjadi Robin Hood yang seterusnya dan membawa pulang ganjaran yang menarik di Cabaran Memanah eCurve buat julung kalinya yang bertemakan Robin Shoots Challenge.

Bermula daripada 17 hingga 26 Ogos, 2018, Centre Atrium di eCurve akan ditransformasikan menjadi sebuah gelanggang memanah bagi mewujudkan persekitaran yang penuh realistik dan mendebarkan. Cabaran akan dibuka kepada pemanah berusia 5 tahun dan ke atas.

Peserta akan dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan peringkat umur, iaitu kategori 5-11 tahun, 12-17 tahun serta 18 tahun dan ke atas. Para peserta yang ingin membawa pulang gelaran juara perlu menunjukkan bukan sahaja kemahiran dan ketepatan sasaran, tetapi juga kelajuan mereka, kerana mereka akan dinilai berdasarkan masa.

Pusingan kelayakan akan diadakan pada 17 hingga 24 Ogos, dan penonton bakal menyaksikan pertandingan yang mendebarkan pada pusingan akhir pada 25 Ogos. Pelbagai hadiah menanti sepuluh pemanah terbaik dalam setiap kategori! Juara setiap kategori akan membawa pulang baucar tunai bernilai RM300, trofi serta empat pas tiket dari MMCineplexes.



Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima baucar tunai bernilai RM200 dan RM100, sebagai tambahan, trofi dan empat pas tiket MMCineplexes menjadi milik mereka.

Manakala mereka yang menduduki tempat keempat hingga kesepuluh bakal memenangi empat pas tiket MMCineplexes berserta pingat.

 Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve berkata,”Kami sangat teruja untuk menganjurkan Robin Shoots Challenge! Kami sentiasa berusaha untuk mencipta aktiviti yang unik dan mencabar bagi pelanggan kami untuk menikmatinya. Setelah menganjurkan kejohanan eSports pertama kami awal tahun ini, kami percaya bahawa para pengunjung akan tertarik dengan peluang untuk mempamerkan kemahiran fizikal mereka dalam cabaran memanah ini. Kami juga berharap agar cabaran memanah ini akan memberi pengalaman yang menyeronokkan bagi semua!”

Ingin menyertai cabaran memanah dan membawa pulang kemenangan serta dinobatkan juara? Penyertaan adalah percuma kepada pelanggan yang membelanjakan sebanyak RM50 dan ke atas dalam dua resit maksimum di mana-mana kedai di eCurve.

Sebagai alternatif, para pengunjung boleh menyertai cabaran ini dengan bayaran masuk sebanyak RM10.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, hubungi pegawai pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau halaman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!