FESTIVAL FILEM JEPUN RAI ULANGTAHUN KE-15



Tahun ini, Festival Filem Jepun atau Japanese Film Festival (JFF2018) kegemaran ramai sekali lagi akan terus menyebarkan budaya seni Jepun dalam bentuk perfileman khas untuk tontonan rakyat Malaysia.

Meraikan ulang tahunnya yang ke-15, acara akan diadakan di pawagam Golden Screen Cinemas terpilih di seluruh negara.

Mempunyai 13 filem dalam pelbagai genre, termasuk drama, dokumentari, dan komedi, JFF 2018 akan menyajikan penonton dengan hiburan menarik untuk memperdalamkan pengetahuan mereka dengan budaya dan masyarakat Jepun.

Penduduk Lembah Klang akan menjadi yang pertama dalam perjalanan untuk menonton filem-filem terbaik dari Jepun apabila acara bermula pada 6 September 2018 di GSC Mid Valley, GSC NU Sentral, GSC Pavilion KL dan GSC 1Utama.

Perfect World

Ia akan melawati ke laluan biasa seperti tahun sebelumnya, ke Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, dan untuk kali pertama tahun ini, JFF akan dilanjutkan ke bahagian selatan Malaysia, Johor Bahru!

Juga untuk memperingati ulang tahun ke-15 JFF dan sebagai tanda penghargaan kepada penonton dan industri Malaysia yang telah menyokong festival ini sejak beberapa tahun yang lalu, pihak penganjur telah melancarkan dua program khas iaitu Chihayafuru movie marathon (Bahagian 1 - Bahagian 3) dan filem khas filem yang dirakam di Jepun oleh pembuat filem Malaysia.

Mixed Double

Berikut adalah senarai filem yang menanti anda bermula pada bulan September ini.

SENARAI FILEM JEPUN: 
Ramen Heads
Mixed Doubles
3Ft Ball & Souls
Born Bone Born
Chihayafuru Part 3
Perfect World
Tremble
All You Want
The 8-Year Engagement
Yakiniku Dragon
Her Sketchbook
We Make Antiques!
The Gift of Memory / The Gift of Memory ~Ça Va?
Memoirs of a Murder

Ramen Heads

SENARAI TAYANGAN FILEM KHAS: 
Filem yang dirakam di Jepun oleh pembikin filem Malaysia
Fly Me To Minami and New World oleh Lim Kah Wai
Heart of Taiko oleh Shamyl Othman & Lydia Lubon
Short films, Kingyo and Exhalation oleh Edmund Yeo

Chihayafuru

Marathon Chihayafuru 
Chihayafuru Part 1
Chihayafuru Part 2
Chihayafuru Part 3




Untuk jadual waktu dan lokasi tayangan, sila lawati laman https://www.jfkl.org.my untuk keterangan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI