MYGUARDIAN REWARDS RAIKAN 5 JUTA AHLI DENGAN LEBIH RM20,000 PENEBUSAN JENAMA HEBAT
Sempena ulang tahun pertama pelancarannya pada tahun 2025, MYguardian Rewards kini tampil lebih besar dan lebih bernilai dengan lebih 80 jenama rakan kongsi termasuk Zus Coffee, Starbucks, Hush Puppies, OSIM, Boost Juice dan banyak lagi. Mata ganjaran boleh dikumpul bukan sahaja di lebih 550 stor guardian Malaysia dan eStore, tetapi juga di outlet jenama rakan kongsi.
Bagi meraikan pencapaian ini, lebih 5 juta ahli MYguardian Rewards akan menerima ganjaran sepanjang bulan April dengan penebusan baucar bernilai lebih RM20,000 daripada jenama rakan kongsi.
Ganjaran Bermakna, Penebusan Eksklusif Masa Terhad
“Sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan No.1* di negara ini, guardian sentiasa mencari cara untuk berhubung secara bermakna dengan ahli kami. Sepanjang bulan ini, terdapat ratusan pilihan baucar promosi yang boleh ditebus dengan hanya 10 MYpoints, dengan penjimatan sehingga RM3,750 setiap satu!” kata Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Singapura dan Brunei.
Setiap baucar rakan kongsi boleh ditebus dalam bentuk diskaun, harga promosi serta tawaran percuma. Jenama rakan kongsi yang mengambil bahagian merangkumi F&B, spa, kesihatan dan peruncit keperluan harian termasuk nama-nama besar seperti Zus, PappaRich, Baskin-Robbins, Boost Juice, Starbucks, Qualitas, The Body Shop dan banyak lagi.
“guardian mahu pembeli kami benar-benar menikmati ganjaran, justeru pemilihan jenama rakan kongsi ini adalah tepat kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian. Dengan penebusan baucar promosi ini, pembeli bijak berpeluang menikmati penjimatan bernilai lebih RM20,000 apabila digunakan dengan cermat,” tambah Anna.
Ahli boleh memilih dan menebus baucar mengikut keperluan. Baucar yang ditebus boleh digunakan serta-merta dengan menekan ‘Use Now’ atau disimpan untuk digunakan kemudian. Kesemua baucar sah dalam tempoh yang ditetapkan, bergantung kepada promosi jenama rakan kongsi. Senarai penuh baucar penebusan dan tempoh sah boleh didapati di guardian.com.my/promotions/myguardian-rewards/myguardian-rewards-member/myguardian-partners.html?page=1.
Lebih Ramai Ahli, Lebih Banyak Rakan Kongsi, Lebih Banyak Ganjaran!
“Dengan lebih 5 juta ahli berdaftar dalam tempoh kurang daripada setahun, MYguardian Rewards telah berkembang pesat sebagai program kesetiaan pelanggan yang dipercayai dan berkesan di negara ini. Dengan lebih 80 jenama rakan kongsi merangkumi gaya hidup, kesihatan, kecantikan, hiburan, pelancongan dan keperluan harian, pengalaman ahli kini menjadi lebih bermakna dan bermanfaat,” jelas Anna.
Bagi yang belum menjadi ahli MYguardian Rewards, daftar segera hari ini! Ahli baharu akan menikmati 10x MYpoints bonus pada pembelian pertama serta baucar alu-aluan bernilai RM250. Pendaftaran adalah percuma dan sepenuhnya digital, tanpa memerlukan kad fizikal.
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment