GUARDIAN KEKAL HARGA SEPANJANG BULAN SEPTEMBER
Tempoh cuti cukai selama tiga bulan bakal tamat esok dan para pengguna mula bersiap sedia untuk berhadapan dengan harga yang lebih tinggi. Namun begitu, Guardian Malaysia telah berjanji untuk mengekalkan harga semasanya untuk sepanjang bulan September.
Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen mengumumkan hari ini bahawa Guardian Malaysia akan ‘Mengekalkan Harga’ semua barangan di 436 stornya di seluruh Negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen |
“Kami sangat berbesar hati dengan komitmen untuk mengekalkan harga yang sedia ada, tanpa mengira impak SST. Kami melihat usaha ini adalah sesuai dan tepat pada masanya. Kami juga yakin bahawa usaha ini akan menggembirakan pelanggan.” tambah beliau.
Inisiatif ‘Mengekalkan Harga’ bagi bulan September ini adalah sejajar dengan Kempen Harga Runtuh Guardian Malaysia (KDP) yang dilancarkan pada Januari lalu untuk membantu pengguna mengurangkan kos sara hidup.
Di bawah ‘Kempen Harga Runtuh’ yang kini memasuki bulan kelapan, empat ke lima rangkaian lengkap produk ditawarkan pada harga potongan sebanyak 10 hingga 70 peratus, pada setiap Jumaat hingga Ahad.
Program KDP akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.
Mr. Lauridsen berkata: “Kedua-dua kempen ini sangat penting bagi kami kerana ia membolehkan Syarikat menyumbang, secara langsung dan telus, untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sara hidup mereka.”
Guardian telah menjadi sebuah jenama terkemuka di Malaysia selama lebih 50 tahun, dan kami memiliki reputasi yang baik dalam menawarkan pelbagai produk eksklusif dan bermutu tinggi pada harga yang sangat berpatutan.
Kempen-kempen ini merupakan sebahagian daripada strategi Guardian untuk memberi tumpuan kepada DNA jenama, yang mana, untuk sentiasa menawarkan yang terbaik dari segi harga, kualiti dan perkhidmatan kepada pelanggan.
Untuk maklumat lanjut dan perincian kempen dan promosi semasa, sila layari www.guardian.com.my
Comments
Post a Comment