H&M LANCAR KOLEKSI BRA BERSAMA "LOVE STORIES"


Kolaborasi H&M x Love Stories adalah satu himpunan pakaian wanita yang terdiri daripada bralettes, briefs dan thongs yang selesa dan bergaya, serta pakaian tidur dan travel pouch yang diperbuat daripada lace, satin dan soft polyamide.

Direka bersama oleh team H&M dan Love Stories, setiap helai koleksi ini mempunyai kombinasi warna dan cetakan Love Stories yang jelas, di mana ia digelar "perfect mismatches" oleh pengasasnya, Marloes Hoedeman. Cetakan harimau kumbang, bintang dan motif bunga-bungaan yang berona terang dicampurkan dengan lace, jalur olahraga dan ruffled edges.

Warna-warna koleksi ini termasuk dusky pink, hitam dan hijau buah zaitun. Setiap satu helai pakaian dalam koleksi ini boleh dipakai secara "mix & match" untuk sepadan dengan mood seseorang serta mempamerkan gaya individu.

Koleksi H&M x Love Stories boleh didapati di H&M 1 Utama, Avenue K, My Town Kuala Lumpur, Genting Avenue, Gurney Paragon Mall Penang , JB City Square, Aeon Mall Tebrau City ,The Spring Kuching, dan 1Borneo Kota Kinabalu dan juga secara online di hm.com mulai 9 Ogos.






Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!