HANSAPLAST PERKENAL 2 RAWATAN LUKA BERINOVASI TINGGI


Mungkin ada yang beranggapan setiap plaster mempunyai fungsi yang sama, namun Hansaplast telah membuktikan bahawa kenyataan ini tidak benar dengan ciptaan terkini Hansaplast Spray Plaster dan Hansaplast Fast Healing Plaster untuk rawatan luka yang terunggul and efektif!


Cara penggunaan Hansaplast Spray Plaster amat cepat dan mudah, semburan produk ini akan menghasilkan filem perlindungan yang fleksibel dan kalis air, di mana sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif dan memerlukan rawatan segera.

Lapisan yang lutsinar dan telus udara ini turut membekalkan perlindungan antibakteria. Kelebihan semburannya adalah membolehkan luka dirawat di bahagian yang sukar dicapai atau dilihat kerana semburan boleh dihasilkan dari pelbagai sudut berbeza.


Dari segi pengurangan parut, Hansaplast Fast Healing Plaster pula mempercepatkan penyembuhan luka dengan merawat luka 2x lebih cepat!

Kelebihan ini memberi kemudahan supaya tugasan penting dapat disambung semula, ataupun aktiviti seperti berlari dan bermain dapat dilakukan dengan lebih selesa.

Teknologi inovatif penyembuhan luka lembap membantu kulit kekal lembut, mencegah pembentukan keruping dan justeru itu mengurangkan pembentukan parut.

“Hansaplast adalah sesuatu jenama yang menpunyai sejarah yang terkenal dengan innovasi sejak memperkenalkan plaster berpelekat pada tahun 1922.

Dengan menggunakan kepakaran kami and teknologi yang terunggul, Hansaplast dapat menawarkan pelbagai plaster yang berkualiti tinggi dan berdaya saing.

Produk terbaru dalam rangkaian terunggul kami iaitu Hansaplast Spray Plaster dan Hansaplast Fast Healing Plaster mempunyai inovasi perawatan luka luar biasa yang tidak mampu ditawarkan oleh plaster biasa,” kata Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura.

“Kami memberikan sokongan sepenuhnya dalam segi penambahbaikan rawatan kecemasan dan luka dengan membekalkan produk berinovasi Hansaplast kepada petugas-petugas kecemasan. Sehubungan dengan itu, kami juga berbesar hati untuk menaja program latihan rawatan kecemasan di sekolah anjuran St John Ambulance of Malaysia melalui sumbangan produk Hansaplast bernilai lebih RM60,000.”

Tajaan ini akan memberi manfaat kepada para pelajar dari 700 buah sekolah di seluruh negara. Mereka akan diberi latihan tentang cara penggunaan produk Hansaplast serta pengetahuan mengenai rawatan luka.

Dapatkan Hansaplast Spray Plaster (32.5ml) dan Hansaplast Fast Healing 8’s Saiz Besar dengan harga yang disyorkan iaitu RM31.04 and RM25.38 masing-masing.

Menerusi kerjasama dengan St John Ambulance bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan rawatan luka, orang ramai kini boleh menikmati potongan 20% untuk rangkaian terkini Hansaplast di Watson’s! Promosi tamat pada 31 September 2018.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Hansaplast, sila layari www.facebook.com/HansaplastMY.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING