IKEA ONLINE STORE KINI BEROPERASI KE SELURUH NEGARA



Peruncit kelengkapan rumah dari Sweden, IKEA, telah secara rasminya melancarkan platform beli-belah dalam taliannya, IKEA online store, sekaligus mencerminkan komitmen penuhnya untuk menceburi e-dagang di Malaysia.

Perkhidmatan baharu ini bakal membawa satu platform beli-belah e-dagang kelengkapan rumah yang terbesar kepada semua rakyat Malaysia. Bermula hari ini, IKEA online store meluaskan penhantarannya ke seluruh negara.

Pengguna boleh meninjau dan menempah produk IKEA tanpa mengira masa dan tempat.

Ketika mengupas tentang pelancaran perkhidmatan ini, Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara berkata, “Menerusi pelancaran IKEA online store pada skala yang sebesar ini, kami mampu mencapai lebih ramai rakyat Malaysia. Seiring dengan perkembangan masa, ia akan membolehkan kami memenuhi kehendak mereka untuk membeli-belah secara dalam talian, sambil merealisasikan visi kami untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik bagi orang ramai di Malaysia."

Sebelum pelancaran rasmi perkhidmatan tersebut, IKEA Malaysia telah membuat pelancaran fasa awal untuk menjalani ujian hujung ke hujung (end-to-end testing) ke atas sistem e-dagang ini.

Demi memastikan usaha ini berpaksikan penggunaan, proses sistem ini telah membolehkan IKEA untuk mengumpul pelbagai pengajaran, maklum balas serta amalan terbaik yang bertujuan mempertingkatkan serta memberikan pengalaman beli-belah yang paling sempurna bagi semua saluran.

IKEA online store memberikan akses kepada lebih 9,000 produk perabot Sweden dengan harga rendah, direka dengan baik, berkualiti, dan berfungsi. Tambahan pula, laman in mempunyai kategori berdasarkan produk dan bilik bagi menjamin pencarian yang mudah.

Lebih-lebih lagi, pelbagai foto turut disajikan bagi mencetus inspirasi dalam rekaan dalaman serta hiasan di rumah.

“IKEA online store merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan pengalaman unik IKEA kepada lebih ramai pengguna. Ia merupakan penambahan sempurna kepada gedung-gedung fizikal kami, khasnya untuk pelanggan yang tinggal jauh dari gedung kami. Kini, mereka mampu meninjau perabot inspirasi mereka, memasukkan produk kegemaran ke dalam kart beli-belah, serta memilih pelbagai perkhidmatan tambahan seperti pemasangan produk,” tambah Gerard.

Pelanggan boleh memilih penghantaran produk melalui penghantaran parcel atau trak yang amat sesuai untuk produk-produk bersaiz besar.

Yuran penghantaran adalah berbeza-beza mengikut lokasi dan pilihan penghantaran. IKEA online store menerima semua kad debit dan kredit utama, Visa mahupun MasterCard.

Layari IKEA.my untuk meneroka dan membeli-belah di IKEA online store.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA