JANJI TEMU FILEM HENRY GOLDING BERSAMA TONTON

Pengacara-pengacara dan kru produksi terdahulu dari 8TV dan ntv7

Siapa akan menolak jika Henry Golding menjemput berjanji temu? Wajah Pan Asian kelahiran Malaysia kini menjadi sebutan hanya kerana CRAZY RICH ASIANS.

Acara Janji Temu Filem HENRY GOLDING dianjurkan untuk meraikan kemunculan filem sulung lakonan pelakon tanah air berketurunan British ini.

Tayangan tertutup filem pertama lakonan Henry Golding CRAZY RICH ASIANS juga digamatkan dengan pertemuan semula pengacara-pengacara dan kru produksi terdahulu dari 8TV dan ntv7 bagi meraikan kejayaan Henry Golding di pentas Hollywood yang diadakan di GSC Signature, The Gardens Mall, Mid Valley City.


Henry Golding, yang dikenali sebagai seorang pelakon, model dan pengacara berketurunan Inggeris-Iban, membuat kemunculan awal di stesen televisyen dengan menyertai The 8TV Quickie pada tahun 2008, iaitu hampir sedekad yang lalu.

Bertitik tolak dari itu, kerjaya penyiaran Henry Golding di 8TV semakin berkembang dan beliau meneruskan mengacara beberapa program siri penjelajahan dan pengembaraan selain dari The 8TV Quickie iaitu Without Boundaries: The Great Outdoors, Without Boundaries: Islands & Beaches, Welcome To The Railworld, Welcome to The Railworld Japan dan The Shout Awards.


Keghairahan beliau dalam bidang pengacaraan juga membuahkan hasil apabila diberi peluang melebarkan sayap kariernya ke saluran BBC dengan mengacara The Travel Show, NatGeo dan StarWorld untuk program Driving Change.

Bagi meraikan kejayaan Henry Golding yang kini bertapak di Tinseltown dan menyokong filem Hollywood pertama lakonan pelakon Asia ini, acara ini juga turut menyaksikan kehadiran bekas pengacara, rakan seangkatan dan kru produksi yang pernah bekerjasama dengan Henry Golding di 8TV dan ntv7 seperti Adam Carruthers, Aishah Sinclair, Belinda Chee, Razif Hashim, Megan Tan, Rina Omar, Zher Peen, Prem Shanker, Brandon Ho, Elaine Daly, Vanessa Chong, Hansen Lee, Sarah Lian, Naz Habibur Rahman, Hannah Tan, Sheahnee Iman Lee dan ramai lagi.

Turut hadir di acara ini ialah pelakon dan model Malaysia, Carmen Soo dan penulis skrip dan pelakon, Calvin Wong yang memainkan peranan Amanda dan PT Goh dalam filem yang sama.

Sambutan kejayaan kemunculan Henry Golding melalui filem sulung Hollywood turut di raikan oleh platform digital Media Prima, tonton.


Layari laman panel khas ‘’MR. CHARMING HENRY GOLDING’’ yang didedikasikan buat peminat untuk menyaksikan semula program-program awal kemunculan beliau di dalam industri penyiaran - Without Boundaries: The Great Outdoors dan Without Boundaries: Islands & Beaches, 2 edisi kisah perjalanan merentasi alam semula jadi.


Ketahui juga mengenai sejarah menarik disebalik kereta api megah Asia bersama Henry Golding di dalam Welcome to the Railworld dan Welcome to the Railworld Japan, di panel khas eksklusif hanya di tonton.


Tidak ketinggalan, nikmati kemeriahan industri muzik tempatan menerusi program Anugerah berprestij terbitan 8TV – The Shout Awards! 2012 yang diacarakan oleh jejaka tampan Henry Golding bergandingan dengan 2 pengacara yang lain.


Saksikan program-program tersebut secara terus-menerus dalam berdefinasi tinggi (HD) hanya di www.tonton.com.my.

Pengarah Penjenamaan Kandungan dan Strategi Rangkaian Televisyen Media Prima, Sherina Mohamed Nordin berkata, “Bagi pihak Rangkaian TV Media Prima, kami semestinya sangat berbangga dengan pencapaian sulung Henry ke pasaran Hollywood. Kami percaya bahawa ini hanyalah permulaan sesuatu yang lebih besar buat kariernya di sana. Kami melihat perkembangannya, bermula dari sofa di The 8TV Quickie sehingga ke permaidani merah di Hollywood, Henry sudah pasti boleh pergi lebih jauh dengan sikap kerja positifnya.”

Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, menambah, “Kami gembira dan bangga dengan kejayaan Henry pada hari ini. Melihat akan potensi di dalam diri beliau ketika hadir ujibakat muka baru untuk The 8TV Quickie pada 2008, dan dengan apa yang beliau raih pada hari ini melalui CRAZY RICH ASIANS, kami yakin Henry mampu memberikan tamparan yang lebih hebat lagi di Hollywood. Kami juga amat gembira dapat melihat kembali wajah-wajah bekas pengacara, kakitangan dan kru yang telah memulakan karier dengan 8TV sedekad yang lalu serta mereka yang telah berkerja rapat dengan Henry dari program yang dihoskan oleh beliau, sama-sama hadir pada hari ini untuk meraikan kejayaan Henry. Jangan lupa saksikan kesemua program yang diacarakan oleh Henry secara terus menerus di www.tonton.com.my. – di mana semuanya bermula”

Menurut Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak “tonton akan kekal menjadi komponen utama dalam strategi transformasi digital MPTN kerana permintaan untuk kandungan digital yang meningkat setiap bulan. tonton akan terus menawarkan kandungan asli, acara siaran langsung dan hiburan berkualiti tinggi khusus untuk penontonnya. Acara ini (Janji Temu Filem HENRY GOLDING) adalah merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk berinteraksi dengan peminat tonton.”

CRAZY RICH ASIANS telah pun ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 22 Ogos 2018.

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati program TV dan rancangan kegemaran secara PERCUMA. Alami variasi pengalaman tontonan meluas melalui akses ke arkib hiburan terbesar Malaysia terdiri daripada berita, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik emas, selain dapat menikmati siaran episod keseluruhan secara terus menerus (‘binge-watch’).

tonton turut memperkenalkan xtra - portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapkan lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembangan hiburan semasa, kontroversi, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’.

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my. Ikuti kami melalui platform media social tonton: Facebook: tontonMY Twitter: tontonMY Instagram: tontonMY Hashtag us at #tontonMY #tontonMacamVIP

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA