PELAJAR CUCMS BANTU KOMUNITI DAIF DI DHAKA



Seramai 40 orang pelajar dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) menjalankan misi kemanusiaan di Dhaka, Bangladesh. Dikenali sebagai Ekspedisi Bantuan dan Penjagaan Bangladesh (BRACE) 2018, program ini diadakan dari 22 hingga 28 Julai 2018.

Ia bertujuan untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan yang diperlukan serta bantuan bagi komuniti di Dhaka. Setakat Jun 2017, Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah (IFRC) menganggarkan sekurang-kurangnya 1,200 orang terkorban dan lebih 41 juta orang terjejas oleh hujan monsun dan banjir teruk di Asia Selatan.

Di Bangladesh sahaja, banjir telah mengorbankan seramai 142 orang dan memberi kesan kepada lebih 8.5 juta penduduknya. Mereka bukan hanya kehilangan tempat tinggal, tetapi tanaman, bekal makanan dan binatang ternakan semuanya turut musnah. Bank Pembangunan Asia menyatakan bahawa 31.5 peratus penduduk Bangladesh hidup dibawah tahap kemiskinan negara.

Pelajar CUCMS mula mengumpul maklumat, membuat kajian terhadap kawasan yang terjejas dan mula merancang untuk misi kemanusiaan ini seawal bulan Disember 2017.

Misi tahunan ini menumpukan kepada perkhidmatan kesihatan, rawatan, pendidikan dan sokongan kebajikan kepada komuniti yang kurang bernasib baik. Usaha secara berkumpulan ini sejajar dengan wawasan universiti iaitu untuk memupuk semangat ambil peduli yang diterapkan dalam diri setiap siswa dan siswazah.

Kumpulan BRACE telah melawat Kampung Uthali, Madrasah Al-jamiatul Islamia Majahirul Ulum Bhagalpur di Bajitpur, Universiti Bangabandhu Sheikh Mujib Medical (BSMMU) dan Kolej & Sekolah Aftab Uddin.

Professor Madya Dr. Mohamed Ikram bin Mohamed Salleh, Penasihat BRACE 2018 berkata, “Bangladesh merupakan tempat yang terbaik bagi pelajar untuk menjalankan latihan praktikal agar mereka dapat menggunakan pengetahuan teori di dunia nyata. Pendedahan kepada komuniti luar bandar seperti ini membantu pelajar dalam memahami fungsi sebenar mereka sebelum menjadi soerang pakar dalam bidang penjagaan kesihatan. Ia juga membuka peluang baru kepada mereka untuk menambah pengetahuan dan memahami bagaimana spektrum bidang penjagaan kesihatan yang sebenar berfungsi.”

Antara aktiviti yang dijalankan oleh kumpulan BRACE 2018 ialah pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan dan penjagaan barang-barang asas bagi bantuan masa singkat.

Selain itu, terdapat dua projek jangka panjang iaitu menyediakan sumbangan bagi bayi baru lahir dari keluarga miskin yang perlu ditempatkan dalam inkubator di Jabatan Pediatrik dan kerja-kerja pengubahsuaian bagi tujuan membesarkan tandas di Madrasah berdekatan agar pelajar dapat memastikan kebersihan diri dijaga seeloknya.

CUCMS juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BSMMU untuk bekerjasama dalam inisiatif perkongsian ilmu, pertukaran pelajar dan kajian. Kerjasama ini berfokuskan kepada program sarjana dalam perubatan keluarga, anatomi dan farmakologi.

Di majlis itu, Major General Dato 'Dr. Prof. Zin Biddin, Dekan Fakulti Perubatan CUCMS hadir dan berkata, "Program ini telah membuka lebih banyak peluang untuk pelajar CUCMS, selain melakukan kerja amal, mereka juga mendapat pendedahan berkenaan budaya, persekitaran yang berbeza dan tradisi komuniti di sini. Tahniah kepada pasukan BRACE 2018 atas semua kerja keras dalam membantu komuniti Bangladesh."

Ameer Ikhwan Bin Azminudin, Pengarah Projek of BRACE 2018 berkata, “Perkara paling penting yang telah saya pelajari dari misi ini ialah tanggungjawab setiap individu untuk menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang dan berapa banyak usaha yang kita lakukan untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah, peserta, rakan kerjasama dan penaja yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa sokongan mereka, kami tidak mungkin dapat mencapai matlamat kami,” Also, thank you to Jahurul Islam Medical College for the warmth welcome, providing us three days of accommodation and their students help as translators during our mobile clinic activity.”

“Saya juga inging mengucapkan terima kasih kepada Kolej Perubatan Jahurul Islam kerana menyediakan tempat tinggal selama tiga hari untuk kami dan juga Pelajar CUCMS telah dilatih untuk seimbangkan pelajaran dan aktiviti kurikulum dengan betul agar misi kemanusiaan ini berjaya tanpa meminggirkan tanggungjawab mereka terhadap pelajaran. CUCMS percaya bahawa pendekatan pelajaran dan latihan sebegini akan menghasilkan graduan dan pakar sains perubatan yang cekap dan seimbang dari segi fizikal, intelektual, rohani dan emosi, selaras dengan misi CUCMS.

Siti Sarah Abdul Fatah, pelajar Farmasi CUCMS dan peserta berkata, “Misi ini memang satu pengalaman yang membuka mata. Saya telah pelajari banyak perkara yang bermanfaat dari misi ini seperti sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, bekerja keras dan sentiasa melakukan kebaikan tanpa mengira dimana kita berada. Saya sangat tersentuh dengan penduduk Bangladesh dan berasa bahawa apa yang kami sumbangkan hanyalah sedikit tetapi cara mereka menghargainya lebih daripada apa yang kami harapkan.”

Nur Hidayah Binti Mohd Assabri, pelajar Psikologi CUCMS dan juga peserta berkata, “Sekurang-kurangnya lawatlah Bangladesh untuk penduduknya walaupun anda tidak mahu melawat Bangladesh untuk makanan, tempat atau pergi membeli-belah. Melalui cara mereka menjalani kehidupan, kita dapat belajar tentang hormat kepada diri sendiri dan kasih sayang. Misi ini akan menjadi memori yang terpahat dihati saya dan ia merupakan satu aktiviti yang sangat membuka minda untuk saya dan juga semua peserta. Terima kasih BRACE untuk peluang ini.”

Shafieza Hanem binti Sahrudin, pelajar Farmasi CUCMS dan peserta berkata, “Satu perkara yang saya belajar dari program ini ialah kita patut sentiasa bersyukur dan berbuat baik antara satu sama lain kerana kita semua bukan manusia sempurna. Saya gembira dapat menyertai misi ini untuk kali kedua dan saya berpeluang melihat perbezaan dalam setiap komuniti yang kami bantu.”

BRACE 2018 merupakan misi kemanusiaan antarabangsa yang ke-6 oleh pelajar CUCMS dimana ianya bermula dengan kunjungan sulung ke Kemboja (2013) diikuti dengan Vietnam (2014), Indonesia (2015), Laos (2016) serta Nepal tahun lepas. Terlibat dalam sukarelawan dan program kemanusiaan adalah satu perkara yang diketengahkan di CUCMS dalam falsafahnya untuk melahirkan pakar yang menyeluruh dan penjagaan kesihatan yang mempunyai kualiti dalam kepimpinan, kecekapan, keusahawanan dan daya tahan.

Dengan tujuan ini, pelajar CUCMS digalakkan untuk menganjurkan pelbagai misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI