DAPATKAN TAWARAN RM6, KOLEKSI EKSKLUSIF OREO & BTS DAN POP MART DI SHOPEE 6.6


Rebut Tawaran Knockout serendah RM6 untuk pilihan popular seperti Kerusi Urut GINTELL dan Vakum Basah Kering Dreame pada waktu terpilih sempena Shopee 6.6 Jualan Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini, yang berlangsung dari sekarang hingga 9 Jun. Selain itu, jadi antara yang terawal di Malaysia untuk mendapatkan biskut OREO & BTS edisi terhad dan koleksi eksklusif POP MART di Shopee.

Nikmati lebih penjimatan dan kemudahan dengan penghantaran segera dan pada hari yang sama ke seluruh negara untuk keperluan harian, Penghantaran Percuma Harian Tanpa Perbelanjaan Minimum, serta tawaran Shopee Lagi Murah Jualan Kilat diskaun 50%.

  • [RM6] Kerusi Urut GINTELL – Nikmati pengalaman urutan seluruh badan dan terapi haba dari keselesaan rumah.
  • [RM6] Vakum Basah Kering Dreame – Bersihkan tumpahan dan kekotoran dengan mudah menggunakan teknologi pembersihan pintar pencuci buih.
  • [RM66] Motosikal Modenas KRISS – Lancarkan perjalanan harian dengan motosikal yang menjimatkan minyak.
  • [RM66] Samsung Galaxy Z Flip7 – Rakam gambar dan multi-tugas dengan reka bentuk telefon lipat bergaya serta ciri Galaxy AI yang berkuasa.
  • Pencuci Mesin Basuh Dettol – Singkirkan kotoran tersembunyi dengan formula anti-bakteria untuk cucian yang lebih segar.
  • Lampin AppleCrumby – Pastikan si kecil kekal selesa sehingga 12 jam dengan lampin ultra nipis dan bernafas.
  • Tisu Dapur Vinda – Lap tumpahan berminyak dengan mudah menggunakan tisu lemon ekstra kuat.
  • Semburan Serum d'Alba – Lembapkan kulit dengan semburan ringan untuk kulit berseri, kini dari RM71 (harga biasa RM141).
  • Periuk Pelbagai Fungsi Tefal – Sediakan hidangan lazat dengan mudah menggunakan 15 fungsi memasak pintar satu sentuhan, kini dari RM330 (harga biasa RM659).
  • Vakum Tanpa Wayar PerySmith – Mudahkan kerja pembersihan rumah dengan sedutan tanpa wayar dan teknologi anti-rambut, kini dari RM383 (harga biasa RM769).

Dapatkan Koleksi Eksklusif OREO & BTS dan POP MART

Jadi antara yang terawal di Malaysia untuk mendapatkan biskut OREO & BTS yang dinanti-nantikan mulai 2 Jun menerusi Shopee Mall. Kumpul kesemua 13 rekaan unik BTS pada biskut sandwic ungu dengan krim berperisa Hotteok Brown Sugar yang diinspirasikan daripada snek kegemaran BTS. Mulai 3 Jun, peminat juga boleh mendapatkan pakej edisi terhad eksklusif e-dagang yang didatangkan sama ada dengan pinggan khas OREO atau apron, dengan apron tersebut eksklusif untuk pelanggan Shopee VIP sahaja, sementara stok masih ada.


Dapatkan pelancaran baharu POP MART seperti Hirono x Kodak Click Bear Plush Doll Pendant dan ZSIGA I’m Zsiga Series-Vinyl Plush Pendant di Shopee Mall, bersama diskaun sehingga 50% untuk koleksi terpilih daripada siri popular seperti CRYBABY, SKULLPANDA, Hirono dan banyak lagi, dari 5 hingga 7 Jun antara jam 6PM hingga 12AM. Bawa pulang koleksi percuma eksklusif Shopee daripada siri kegemaran seperti The Monsters, CRYBABY dan Hirono dengan pembelian terpilih, sementara stok masih ada.

Jangan Lepaskan Shopee 6.6 Jualan Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini

Dari sekarang hingga 9 Jun, nikmati penghantaran lebih pantas, Shopee Lagi Murah Jualan Kilat diskaun 50%, Penghantaran Percuma Harian Tanpa Perbelanjaan Minimum, serta baucar harian diskaun tambahan 25%. Bermula 5 Jun, 8PM, pembeli juga boleh meraih baucar eksklusif Beli Hari Ini, Sampai Hari Ini diskaun 66%. Terokai semua tawaran dan pelancaran jenama eksklusif di sini.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

ROSYAM NOR HIDUPKAN WATAK PENTAKSUB KUASA DALAM DRAMA TERBAHARU