PENCARIAN JURUHEBAH ‘RAAGAVIN STAR YAAR 2.0’ KEMBALI


Adakah anda seorang yang petah bercakap? Pernahkan anda bercita-cita untuk mengetengahkan bakat anda sebagai kerjaya?

Jika jawapannya ya, RAAGA sedang mencari anda! Radio berbahasa Tamil ini kini kempabli dengan siri pencarian juruhebah ‘Raagavin Star Yaar’.

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta harus memuat-naik video pengenalan diri ke Instagram dan berikan sebab-sebab mengapa mereka layak untuk menjadi Juara Raagavin Star yang berikutnya. Lengkapkan penyertaan dengan tanda pagar #RaagavinStar2.

Peserta-peserta dengan video paling kreatif akan dipanggil untuk ujibakat bersama RAAGA, dan hanya empat calon yang disenarai-pendek akan layak ke peringkat akhir.

Untuk maklumat lanjut, sila layari raaga.my.

Comments

Popular posts from this blog

BELLA ASTILLAH JADI BARISTA BUBBLE TEA SEHARI, LAYAN LEBIH 500 PEMINAT DI IOI CITY MALL, SIAP ‘TAPAU’ DONUT TRUEDAN UNTUK AYDEN DAN ARA

SENTUHAN KLASIK, PESONA MODEN: NUR TAJ SPA & BEAUTY MENGANGKAT SENI 'URUTAN MALAYSIA' KE PERSADA DUNIA