PRUDENTIAL LANCAR "JUST RUN" CABARAN 200KM
Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah melancarkan edisi pertama Prudential Just Run, satu inisiatif yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia untuk memupuk tabiat bersenam dengan lebih kerap dalam usaha kekal aktif dan sihat.
Berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, hanya 40% rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan mempunyai tabiat bersenam1. Data ini juga mendedahkan bahawa 73% kematian yang berlaku akibat penyakit kardiovaskular di Malaysia boleh dielakkan jika kita mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
Statistik yang mengejutkan ini telah membuatkan PAMB menilai kembali aspek kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Seterusnya melancarkan Prudential Just Run agar rakyat Malaysia menjalani gaya hidup sihat. Prudential Just Run merupakan cabaran larian maya selama tiga bulan yang menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan tabiat bersenam sama ada berjalan, berlari atau mendaki. Cabaran ini menetapkan sasaran setiap peserta untuk mencapai jarak sejauh 200km dalam masa tiga bulan.
Sebaik sahaja mendaftar, peserta boleh memantau jumlah larian terkumpul mereka sepanjang bulan Ogos hingga Oktober 2018 menggunakan Strava, satu aplikasi yang boleh dimuat turun daripada Apple Store dan Google Play.
Dengan yuran pendaftaran sebanyak RM80, peserta juga akan menerima sehelai jersi perlumbaan, pingat E-pencapaian, E-sijil dan sehelai jersi edisi terhad penamat larian. Peserta juga berperluang untuk merebut promosi harga pendaftaran dengan menggunakan kod promo. Tertakluk kepada terma dan syarat.
“Di Prudential, kami mendapati perlindungan bukan sahaja memberi ketenangan minda dari segi kewangan, malah terhadap kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Melihat kepada gaya hidup rakyat Malaysia masa kini yang sentiasa sibuk dan peningkatan trend penggunaan peranti elektronik untuk memantau tahap kesihatan serta kecergasan, kami mengambil keputusan melancarkan satu inisiatif yang dapat menggalakkan mereka supaya menjalani rutin harian yang lebih aktif,” kata Ketua Pegawai Pelanggan dan Pemasaran PAMB, Eric Wong.
Jelas beliau lagi, “Menjalani gaya hidup sihat boleh jadi tidak mahal dan mudah dilaksanakan. Pada hari ini, dengan kemajuan teknologi, aplikasi senaman percuma dan video bersenam cukup mudah untuk diakses. Kami mahu menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan semua ini dalam usaha menjalani gaya hidup lebih sihat dan mencapai impian masing-masing. Apabila seseorang itu sihat, mereka akan dapati lebih mudah untuk mencapai matlamat peribadi yang telah ditetapkan.”
Cabar diri anda dan sertai larian maya ini!
Jika anda masih belum mendaftarkan diri, layari laman sesawang Prudential Just Run: www.justrun.my. Tempoh pendaftaran berlangsung dari 2 Julai sehingga 30 September 2018.
Comments
Post a Comment