RASAI CITARASA JUARA NASI LEMAK PAK OMAR @ PUBLIKA



Nasi lemak memang boleh didapati di mana-mana sahaja di negara kita, dari gerai-gerai tepi jalan sehinggalah ke hotel taraf lima bintang. Tapi pernahkah anda mencuba nasi lemak yang pernah menjuarai beberapa pertandingan? Itulah istimewanya Nasi Lemak Champion Pak Omar.

Dari warung kecil, kini sudah menjadi suatu francais sedang berkembang, Nasi Lemak Champion Pak Omar kini dibuka di pusat membeli-belah, Publika.


Perasmian kedai tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Pak Omar dan juga selebriti jemputan Dynas Mokhtar.


Pak Omar adalah seorang mualaf berbangsa Cina yang terkenal dengan nasi lemak kukus ala Nyonya. Hidangan nasi lemaknya dilengkapkan oleh sama ada ayam goreng berempah, rendang ayam, rendang daging, rendang kambing atau sambal sotong.

Elayne Chua (Pemilik) dan Pak Omar

Apa yang menarik di kedai ini, anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan untuk menikmati sepinggan Nasi Lemak Jumbo yang memang besar untuk dihabiskan seorang diri. Nasi Lemak Jumbo dihidangkan dengan tiga pilihan lauk utama iaitu ayam goreng rempah, rendang dan sotong. Sayur kangkung juga disertakan sebagai lauk sampingan. Harganya? RM39.90 sepinggan.


Bagi hidangan nasi lemak individu, harga sepinggan adalah berdasarkan lauk yang anda pilih.

Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah (RM15.90)

Nasi Lemak Kukus Rendang Kambing (RM16.90)

Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong (RM14.90)

Pak Omar juga terkenal dengan lauk-lauk sampingannya yang lazat. Antaranya...

Ikan Goreng yang garing

Acar sayur-sayuran

Sambal Petai

Sambal Kacang Bendi

Memang terbukti citarasa Nasi Lemak Champion Pak Omar adalah antara yang terbaik di Malaysia. Jangan turut cakap kami sahaja, jom anda cuba sendiri....


Kepada yang kesibukan dan tidak punyai masa untuk ke kedai Nasi Lemak Champion Pak Omar, anda juga boleh menggunakan khidmat penghantaran GrabFood dan HonestBee.

Jom kita tengok apa kata Dynas Mokhtar selepas mencuba Nasi Lemak Pak Omar.




Pak Omar Champion Nasi Lemak
Alamat: G2-A1-07 (Block A1),
Publika, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas,
50480 Kuala Lumpur

Hotline :+601156211006

Waktu perniagaan: 10pagi -10malam (Isnin - Sabtu)

Facebook : https://www.facebook.com/PakOmarChampion/
Instagram : https://www.instagram.com/pakomarchampion/

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA