SENSODYNE RAPID RELIEF LEGAKAN GIGI SENSITIF DALAM HANYA 60 SAAT



GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (“GSK”), pengeluar ubat gigi Sensodyne untuk gigi sensitif, terus melindungi rakyat Malaysia daripada masalah gigi sensitif dengan pelancaran Sensodyne Rapid Relief baharu.

Kajian menunjukkan satu daripada tiga orang akan mengalami masalah gigi sensitif menjadikan ia masalah kesihatan mulut yang paling kerap berlaku. Ia terjadi apabila liang-liang halus pada dentin terdedah kepada suhu panas atau sejuk lalu merangsang saraf di bahagian berkenaan hingga mengakibatkan rasa sakit, ngilu dan ketidakselesaan.

Sensodyne Rapid Relief, dicipta bagi membantu meredakan ketidakselesaan gigi sensitif dengan pantas, membolehkan mereka yang mengalami masalah berkenaan menikmati makanan dan minuman kegemaran mereka.

Rumusan terbaharu ini mengandungi gabungan unik fluorida stannious dan polimer bio-perekat, yang segera membentuk lapisan pelindung di bahagian dentin yang terdedah, melegakan gigi sensitif dalam hanya 60 saat selepas disapu terus pada gigi  ataupun selepas berusan gigi yang pertama.

“Masalah gigi sensitif boleh mengganggu detik gembira seseorang itu terutamanya masa makan dan minum. Dalam kebanyakan kes, seseorang itu akan mengalami rasa sakit serta ngilu secara tiba-tiba, hingga mengakibatkan ketidakselesaan dan dalam sesetengah kes merosakkan selera makan. Jika masalah ini tidak diatasi atau dirawat, keadaan demikian akan terus berlaku hingga menjejaskan kualiti hidup kita. Oleh itu, dengan menggunakan Sensodyne Rapid Relief baharu, mereka yang mengalami gigi sensitif akan berasa lega dalam hanya 60 saat selepas sapuan atau berusan gigi yang pertama,” kata Pengurus Besar GSK, , Bryan Wong.

“Kebanyakan mereka yang mengalami gigi sensitif selalunya akan menggunakan pelbagai cara untuk mengurangkan ketidakselesaan berbanding menguruskan keadaan mereka. Mereka akan merawati gigi hanya apabila berasa sakit atau ngilu tetapi apabila sudah lega, mereka membiarkannya sehinggalah keadaan itu berulang semula. Dan begitulah kitaran yang sering dialami oleh penghidap gigi sensitif,” tambah beliau.

“Di GSK, kami berharap agar dapat menghentikan kitaran yang dialami oleh penghidap gigi sensitif dengan memberikan perlindungan jangka panjang atas masalah mereka. Dengan Sensodyne Rapid Relief baharu, kami berjaya melakukannya. Kami mahu menggalakkan penghidap gigi sensitif agar berhenti menderita dan mula merawat masalah yang dihadapi oleh mereka. Masalah gigi sensitif boleh dirawat dengan mudah dan pantas dengan menggunakan ubat gigi sensitif yang betul,” jelas Bryan.

Sensodyne Rapid Relief

Sensodyne Rapid Relief Whitening 

Sensodyne Rapid Relief baharu kini boleh didapati dalam dua variasi iaitu Sensodyne Rapid Relief dan Sensodyne Rapid Relief Whitening. Ia boleh didapati di semua pasaraya dan farmasi utama di Malaysia dengan harga disyorkan RM15.80/pek.

Untuk maklumat lanjut sila melayari laman Facebook Sensodyne Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING