SYAMEL TINGKATKAN TEMPO DENGAN "KAU PUN SAMA"



Mula dikenali selepas bakatnya dicungkil di pentas Akademi Fantasia 2015, pemilik nama Syamel Aqmal Mohd Fodzly yang lebih mesra dengan panggilan Syamel kini bukanlah nama asing dalam indsutri muzik tanah air.

Malah kemunculannya dalam arena seni tempatan terus diraikan selepas menempa kejayaan demi kejayaan. Setelah mencuri perhatian peminat muzik Malaysia dengan lagu pertamanya ‘Hidup Dalam Mati’ di awal kemunculannya dulu, Syamel terus mengorak langkah dengan lagu ‘Lebih Sempurna’ hasil nukilannya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Syamel lanjut mencabar dirinya dengan menyertai pertandingan realiti, Duo Star di mana gandingannya bersama Ernie Zakri membuahkan hasil lewat gabungan vokal mantap mereka berdua dalam lagu ‘Aku Cinta.’ Dan selepas melancarkan lagu ‘Biar Cinta’ tahun lalu, kini bintang berbakat besar itu kembali dengan karya terbaru yang berjudul ‘Kau Pun Sama’. 

Lagu ‘Kau Pun Sama’ juga merupakan sebuah karya yang digarap oleh Syamel sendiri bersama dengan Kidd Santhe, seorang bintang hip hop yang semakin meningkat naik dengan bantuan panduan vokal dari rakan duetnya Ernie Zakri.


Dan berbeza dengan karya-karya Syamel sebelum ini, ‘Kau Pun Sama’ merupakan lagu berentak rancak dan lari dari konsep balada cinta yang sering didendangkan penyanyi itu. “Lagu itu terhasil apabila idea untuk mengadakan satu lagu yang berentak laju keluar daripada pemikiran saya dan juga pihak pengurusan.

Pada saya, kalau lagu balada, lagu itu harus menjadi sebuah lagu balada yang sedap dan berkualiti. Dan andai kata jika inginkan lagu berentak laju, ia harus menjadi sebuah lagu yang berkualiti juga,” ujar Syamel tentang lagu tersebut.



Pihak Rocketfuel Entertainment yakin bahawa buah tangan terbaru Syamel ini pasti akan diminati para peminat muzik tanah air dengan gubahan muziknya yang lebih segar dan ‘catchy’.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!