TENA LANCAR KEMPEN “APA KHABAR MAK ABAH?”

Evelyn Chan, Marketing Director, Vinda Group Southeast Asia (kiri) dan Dr Peter Ng, Consultant Urologist & President of the Continence Foundation Malaysia.

Dianggarkan 1.4 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinens atau lemah kawalan kencing1 termasuklah 1 daripada 3 wanita berusia 40 tahun keatas dan 1 daripada 10 lelaki berusia 60 tahun keatas2.

Tetapi hanya 31% sahaja yang mendapatkan rawatan; hakikatnya ramai yang mengalami masalah inkontinens keseorangan termasuklah ibubapa yang semakin tua dan mungkin segan serta seboleh-bolehnya mahu menyembunyikannya daripada pengetahuan anak-anak mereka.

Menyedari ramai yang keberatan untuk berbincang masalah ini secara terbuka, TENA dengan bantuan Yayasan Kontinens Malaysia telah melancarkan kempen “Apa Khabar Mak Abah?” bertujuan menggalakkan anak-anak untuk lebih berprihatin dan mengambil berat tentang keadaan kesihatan ibubapa mereka yang semakin meningkat usia.


Dengan membekalkan sumber tip-tip dan sokongan, mereka akan lebih tahu dan mengenalpasti tanda-tanda ibubapa mereka mungkin menderita secara diam.

“Inkontinens boleh menjejaskan pergerakan dan kualiti hidup seseorang, ini amat membimbangkan orang yang menyayangi dan mengambil berat tentang mereka. Tambahan pula, perasaan malu dan risau dengan tanggapan buruk masyarakat akan membuatkan mereka tidak mahu berbincang tentang masalah ini. Di TENA, kami amat komited untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman supaya mereka merasa lebih selesa untuk mendapatkan rawatan dengan bantuan anak-anak mereka,” kata Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran Kumpulan Vinda Asia Tenggara.

“Kempen “Apa Khabar Mak Abah?” ini sebenarnya ingin menggalakkan ahli keluarga terutamanya anak-anak untuk memerhatikan tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan ibubapa mereka sedang bergelut dengan inkontinens dan mengambil langkah seterusnya untuk membantu mereka. Dengan itu, TENA menyediakan sumber maklumat serta penyelesaian holistik untuk membantu masalah lemah kawalan kencing seperti TENA Pants yang menyerupai seluar dalam yang memudahkan pergerakan dan memberi kebebasan untuk melakukan rutin harian tanpa risau,” tambah beliau.

Menerangkan dengan lebih lanjut lagi, Dr. Peter Ng, pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia berkata: “Ramai mengalami masalah ini walaupun ia mudah ditangani dengan pengetahuan dan bantuan yang betul. Sentiasa berinteraksi dengan ahli keluarga adalah permulaan yang baik untuk menangani masalah ini meskipun agak sukar untuk mengubah fikiran orang tua. Kami harap mereka memperolehi sebanyak mungkin maklumat supaya mereka dapat mengenalpasti samada ibubapa mereka mengalami masalah inkontinens. Dengan bantuan orang tersayang, ibubapa dapat hidup dengan lebih bebas dan menikmati era keemasan ini tanpa rasa takut atau segan.”

Juriah binti Jalalus Shuti

“Sebagai seorang anak, saya amat menghargai sumber maklumat dan bantuan yang disediakan oleh TENA yang membenarkan kita memahami inkontinens dengan lebih mendalam,” kata Juriah binti Jalalus Shuti yang ibunya Aminah mengalami masalah ini sejak empat tahun dulu.

“Kempen ini menggalakkan anak-anak seperti saya supaya lebih peka kerana jika kami sekeluarga tidak menyedari simptom-simptom pada tahun 2014, mungkin ianya akan mengambil masa yang lebih lama untuk Mak sembuh seperti sekarang – bebas menjalankan aktiviti harian dan juga pergi bercuti tanpa rasa bimbang dengan bantuan TENA. Ibubapa menjaga kami semasa kecil dan saya percaya kini tiba masanya untuk kami menjaga mereka apabila mereka meningkat usia.”

Kempen ini menrangkumi sumber-sumber berikut:

• Senarai Semak Diri (Self-Checklist) secara online (pautan terdapat di www.facebook.com/TENA.Malaysia) yang tumpu kepada beberapa perubahan tingkah laku harian ibubapa mereka seperti terlalu kerap ke tandas atau tidak mahu menyertai aktiviti luar rumah jika tempat tersebut kurang kemudahan tandas awam; ini mungkin menunjukkan mereka mengalami inkontinens. Anak-anak digalakkan memerhati senarai tersebut dengan sendiri bagi memastikan mereka tahu dan mengambil perhatian terhadap perubahan pada ibubapa mereka;

• Buku Panduan ‘Caring 101’ (terdapat di www.TENA.com.my) diterbitkan dengan kerjasama panel-panel pakar perubatan untuk berkongsi dan memberi pandangan terhadap perubahan yang berlaku mengikut peringkat umur serta penyelesaian praktikal terbaik untuk menjaga ibubapa;

• Video Pendidikan ‘Caring 101’ (juga terdapat di www.TENA.com.my) untuk tip dan nasihat daripada pakar perubatan bagi persediaan untuk menjaga ibubapa;

• Talian bantuan bebas tol 1-800-88-9988 atau pilihan Facebook chat di www.facebook.com/TENA.Malaysia (Waktu operasi dari 9 pagi ke 5 petang, Isnin hingga Jumaat)

Berbekalkan pengetahuan ini, ahli keluarga diperkasakan untuk membantu ibubapa mereka; Mungkin dengan cara memulakan perbincangan, membeli seluar dalam penyerap TENA Pants atau mendapatkan nasihat perubatan supaya orang tersayang dapat terus melakukan perkara yang mereka gemari dan menjalani kehidupan secara bebas dan berkeyakinan tanpa rasa risau tentang masalah inkontinens.

Untuk maklumat lanjut tentang maklumat pendidikan dan kempen “Apa Khabar Mak Abah?”, layari www.facebook.com/TENA.Malaysia atau www.TENA.com.my.

Jangan lepaskan peluang kerana peserta yang melengkapkan Senarai Semak Diri “Apa Khabar Mak Abah?” dalam jangka masa tertentu akan menerima hadiah istimewa TENA* yang akan membantu anda menghadapi cabaran menangani inkontinens. *Sementara stok masih ada

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"