ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA


Apa yang bermula sebagai pemberian istimewa sempena musim perayaan dengan pantas mendapat sambutan sepanjang hujung minggu lalu apabila Shopee membelanja rakyat Malaysia sebanyak 60,000 cawan Buttercrème Latté. Dilancarkan menerusi kerjasama bersama ZUS COFFEE, kempen ini mengajak pengguna menyertai permainan Shopee Raya Kopi Percuma untuk peluang memenangi minuman percuma, sekali gus menarik penyertaan menggalakkan di cawangan seluruh negara.

Barisan panjang dilihat pada waktu puncak di cawangan sekitar Melaka, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang apabila orang ramai tampil menebus minuman percuma mereka. Di lebih 860 cawangan ZUS COFFEE di seluruh negara, aliran pelanggan kekal berterusan sepanjang musim perayaan.

Dengan ribuan rakyat Malaysia mencuba nasib dalam permainan Shopee ketika perjalanan balik kampung, permainan Shopee Raya Kopi Percuma menjadi antara cara Shopee meraikan Hari Raya bersama pengguna. Dalam kesibukan mengunjungi rumah terbuka dan meluangkan masa bersama insan tersayang, Buttercrème Latté daripada ZUS COFFEE menawarkan kesegaran sepanjang perjalanan dan menambah kemeriahan suasana perayaan. Susulan sambutan positif ini, Shopee akan terus memperkenalkan kempen tempatan yang relevan dan bermakna bagi memperkaya pengalaman pengguna.

Pengguna menyertai permainan Tap & Win Shopee Raya Kopi Percuma

Jangan Lepaskan Peluang Sertai Shopee Raya Kopi Percuma Sebelum 25 Mac

Memandangkan pemberian eksklusif ini akan berakhir pada 25 Mac, rakyat Malaysia masih berpeluang mencuba nasib menerusi permainan Shopee Raya Kopi Percuma di aplikasi Shopee untuk memenangi Buttercrème Latté daripada ZUS COFFEE secara percuma. Selain itu, pengguna juga boleh menonton Buletin Utama di TV3 dari jam 8 malam hingga 10 malam untuk mengimbas kod QR yang dipaparkan dan menyertai permainan secara terus. Jangan lupa untuk merakam dan berkongsi momen istimewa bersama rakan dan keluarga di media sosial menggunakan hashtag #ShopeeRayaKopiPercuma.



Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

SOARING CREATIVITY: PAVILION HONG KONG MERIAHKAN BOOKFEST @ MALAYSIA 2026

RAYA TETAP RAYA: RTM TEMAN SETIA SEPANJANG SYAWAL