SOCAR LANCAR PLATFORM KOMUNITI #FINDDALI
Setelah membingungkan netizen di Kuala Lumpur dengan responnya yang kreatif dan cerdas, wajah dan suara di sebalik Dali telah didedahkan dalam satu majlis baru-beru ini.
Kempen #FindDali yang dikuasakan oleh SOCAR membuahkan hasil dengan Dali menjadi pembantu pengangkutan pintar pertama di bandar yang memberikan pengguna akses kepada bank maklumat berkaitan mobiliti daripada pinjaman kereta, tempat paling murah untuk meletak kereta hingga ke harga petrol dan destinasi spontan untuk makanan yang murah.
Dengan Dali di sisi anda, bergerak di sekitar bandar dan meneroka tempat-tempat makan tengahari kegemaran anda yang baru, sama ada dengan pengangkutan awam, perkongsian kereta, e-hailing atau kereta anda sendiri, tidak pernah sebegini mudah.
Platform komuniti #FindDali telah diaktifkan untuk kegunaan orang awam mulai 7 September 2018 dari jam 12 pagi.
Pada beberapa minggu yang lalu, papan iklan, seni jalanan dan mesej media sosial yang memaparkan Dali dengan soalan rawak telah muncul di seluruh bandar.
Daripada soalan-soalan retorik seperti 'adakah anda lebih suka membrek di tengah lalu lintas atau berehat sejenak?' kepada soalan-soalan yang menimbulkan minat seperti 'siapa yang akan membebaskan anda daripada pinjaman kereta anda?',Dali telah menjadi sumber hiburan dan persoalan bagi ramai orang dan telah mencetuskan meme yang rima dengan perkataan Dali.
Jejak persoalan membawa pengguna ke #FindDali, sebuah platform dalam talian di mana mereka boleh mengemukakan pertanyaan mereka dan mengharapkan tindak balas yang ceria dan bermaklumat dari Dali yang diselang-selikan dengan lawak tempatan.
Dikuasakan oleh permulaan perkongsian kereta SOCAR dan komunitinya, Dali bakal menjadi pembekal pengangkutan panggilan di bandar yang menyediakan sumber kepada pengguna dan pengawal multiflex untuk membuat pilihan mobiliti yang lebih bermaklumat dan lebih bijak.
Disokong oleh enjin AI (kecerdasan buatan) dan komuniti multiflex yang mengambil berat tentang masa depan mobiliti, platform interaktif #FindDali akan memberikan jawapan kepada masalah pengangkutan harian anda. Bersama dengan pendokong teknologi yang kuat, platform ini juga direka dengan cara yang menggalakkan multiflexers untuk memulakan thread mereka sendiri dan menggunakan pengalaman perjalanan harian untuk memimpin penumpang lain yang menghadapi situasi yang sama.
"Secara ringkasnya, Dali adalah ANDA dan setiap orang lain yang merupakan sebahagian daripada matriks pengangkutan multiflex. Ia merupakan platform komuniti pertama yang dibina untuk komuniti multiflexers dan dikuasakan oleh komuniti" kata Leon Foong, Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR.
"Kita menghabiskan banyak masa setiap hari merungut mengenai mengapa kita membazirkan banyak masa berulang-alik dan bergerak ke sana sini. Walau bagaimanapun, keadaan tidak akan menjadi lebih baik jika kita hanya menbatinkan masalah ini. Dengan Dali, kami ingin memberi suara kepada orang, suara untuk menukar keadaan, suara untuk membentuk masa depan mobiliti dengan menyatakan apa yang kita benar-benar inginkan dan membolehkan komuniti untuk bersama-sama membina penyelesaian yang akan menjadikan bandar-bandar kita lebih mudah didiami. SOCAR yakin dengang kuasa kolektif, dan FindDali.my adalah alat yang membolehkan kita memanfaatkan kuasa kolektif itu."
Matlamat mutakhir untuk Dali adalah untuk memenuhi keperluan komuniti umum, melalui asimilasi soalan-soalan yang sering diajukan serta memberikan penyelesaian unik dan perspektif yang berbeza kepada kekecewaan umum serta isu-isu yang dihadapi oleh warga bandar.
Sebagai contoh, ramai warga Malaysia telah menerima hakikat bahawa lalu lintas akan tersekat pada hari Jumaat terutamanya pada waktu makan tengah hari dan selepas kerja.
Walaubagaimanapun, penelitian yang lebih mendalam akan menunjuk bahawa terdapat pelbagai cara dan dasar yang boleh digunakan untuk mengurangkan kekecewaan yang dihadapi oleh semua pelancong pada hari Jumaat. Polisi seperti hari kerja jauh pada hari Jumaat atau penguatkuasaan yang lebih berkesan ke atas mereka yang meletak kereta secara berganda dan denda yang tinggi boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kami percaya bahawa ‘Dalis’ di luar sana tidak akan takut untuk mencadangkan dan melaksanakan penyelesaian sedemikian dan kami berharap dapat melihat Kuala Lumpur yang lebih baik berkat usaha mereka.
"Akhirnya, perkara yang membezakan perkongsian kereta dan penyewaan kereta tradisional adalah komuniti multiflexers di luar sana yang membuat keputusan untuk menerima perkongsian kereta dan memacu penggunaan aset yang lazimnya tidak digunakan. #FINDDALI adalah cara kami menyumbang kembali kepada komuniti ini dan benar-benar mengucapkan terima kasih dengan memberi mereka suara untuk membentuk masa depan bandar-bandar yang mereka tinggal. Kami telah melihat dari masa lalu bahawa apabila warga Malaysia benar-benar meyakini sesuatu matlamat, kita mampu mengubahnya. Dan dengan #FINDDALI, kami berharap bahawa semua menerima ilham untuk membina Malaysia baru di mana masalah trafik, tempat letak kereta berganda dan kesesakan pengangkutan akan hanya terhad kepada sejarah dan kami berharap agar dapat mengalu-alukan era baru pengangkutan yang dipercayai, berbentuk multi-modal dan multi-fleksibel,” tambah Foong.
Platform #FindDali dibuka kepada orang ramai mulai 7 September 2018 dan tidak terhad kepada ahli SOCAR sahaja. Untuk menggunakan platform, ahli boleh pergi ke www.finddali.my dan mula bertanya soalan kepada Dali.
Comments
Post a Comment