"FOLKLORE" TAMPIL KISAH SERAM DARI 6 NEGARA DI HBO
FOLKLORE: TOYOL (Duduk dari Kiri): Nabila Huda dan Bront Palarae (Pelakon); (Berdiri dari Kiri): Eric Khoo (Showrunner) dan Ho Yuhang (Pengarah) |
Siri antologi seram terbitan asal pertama HBO Asia, FOLKLORE (#FolkloreHBO), adalah sebuah siri enam episod yang menampilkan kisah-kisah dari negara Asia termasuklah Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Setiap episod berdurasi selama sejam dan berkisarkan tentang mitos dan kepercayaan karut di negara-negara tersebut. Diarahkan oleh pengarah-pengarah dari negara Asia, setiap episod akan menampilkan kisah seram yang diberi nafas baharu tetapi masih mengekalkan identiti negara tersebut.
FOLKLORE akan mula ditayangkan pada Ahad, 7 Oktober pukul 10 malam secara ekslusif di HBO (Saluran Astro 411 / 431 HD). Episod baharu pula akan ditayangkan pada waktu yang sama setiap Ahad berikutnya. Siri ini juga boleh ditonton di HBO On Demand (melalui Astro Go).
FOLKLORE merupakan Siri Asal HBO Asia yang diterbitkan oleh Zhao Wei Films dan dihasilkan oleh pengarah filem yang juga pemenang anugerah, Eric Khoo.
Enam pengarah yang terlibat dalam FOLKLORE adalah Joko Anwar (“Halfworlds”, “Pengabdi Setan”) dari Indonesia, Takumi Saitoh (“Blank 13”, “Ramen Teh”) dari Jepun, Lee Sang-Woo (“Barbie”, “Fire In Hell”, “Dirty Romance”) dari Korea, Ho Yuhang (“Rain Dogs”, “Mrs. K”) dari Malaysia, Eric Khoo (“Ramen Teh”, “12 Storeys”) dari Singapura dan Pen-Ek Ratanaruang (“Samui Song”, “Last Life in the Universe”) dari Thailand.
FOLKLORE juga menampilkan barisan pelakon dari Asia. Antaranya, pelakon Jepun, Kazuki Kitamura (“Godzilla: Final Wars”, “Kill Bill: Volumes 1 & 2”), pelakon Malaysia, Bront Palarae (HBO Asia’s “Halfworlds Seasons 1 & 2”, “Pengabdi Setan”) dan pelakon Korea, Lee Chae-Yeon (“Running Man”, “Please Find Her”, “Blow Breeze”). Ketiga-tiga mereka memegang watak utama dalam episod dari negara masing-masing.
Ringkasan Episod Dalam FOLKLORE:
Episod #1: “Folklore: A Mother’s Love”
Tarikh tayangan: Ahad, 7 Oktober pukul 10 malam di HBO (Saluran Astro 411 / 431 HD)
Arahan: Joko Anwar (Indonesia)
Lakonan: Marissa Anita, Muzakki
Seorang ibu tunggal dan anak lelakinya menemui sekumpulan kanak-kanak dalam keadaan tidak terurus dan kelaparan di loteng sebuah rumah agam. Atas bantuan mereka, kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Niat murni dua beranak ini telah menyebabkan kemarahan Wewe Gombel, ibu angkat kanak-kanak tersebut dan mereka harus menerima balasannya.
Episod #2: “Folklore: Tatami”
Tarikh tayangan: Ahad, 14 Oktober pukul 10 malam di HBO (Saluran Astro 411 / 431 HD)
Arahan: Takumi Saitoh (Japan)
Lakonan: Kazuki Kitamura, Misuzu Kanno, Shima Onishi
Seorang penulis kes bunuh pulang ke kampung halaman untuk menghadiri pengebumian ayahnya. Sejak kembali, dia sering didatangi kenangan ketika zaman kanak-kanaknya. Penemuan sebuah pintu rahsia di rumah itu telah merungkai rahsia hitam keluarganya yang belum pernah dibongkar selama ini.
Episod #3: “Folklore: Nobody”
Tarikh tayangan: Ahad, 21 October pukul 10 malam di HBO (Saluran Astro 411 / 431 HD)
Arahan: Eric Khoo (Singapore)
Lakonan: Li Wen Qiang, Maguire Jian, Sivakumar Palakrishnan, Aric Hidir, Louis Wu, Dayang Nurbalqis
Sebuah tapak pembinaan sering diganggu kejadian aneh. Semuanya gara-gara tindakan seorang pekerja binaan dan mandurnya yang tidak membakar mayat seorang gadis, sebaliknya telah menanamnya. Tindakan mereka itu telah menyebabkan kemarahan Pontianak yang menghuni kawasan tersebut. Episod
#4: “Folklore: Pob”
Tarikh tayangan: Ahad, 28 Oktober pukul 10 malam di HBO (Saluran Astro 411 / 431 HD)
Arahan: Pen-Ek Ratanaruang (Thailand)
Lakonan: Nuttapon Sawasdee, Parama Wutthikornditsakul, Thomas Van Blarcom
Seorang wartawan bertemu dengan Pob, hantu Thailand yang pernah dituduh membunuh. Pob menceritakan apa yang berlaku di sebalik pembunuhan tersebut dan meminta wartawan tersebut menyiarkan kisahnya. Permintaan Pob tidak ditunaikan dan wartawan tersebut terpaksa menanggung akibatnya.
Episod #5: “Folklore: Toyol”
Tarikh tayangan: Ahad, 4 November pukul 10 malam di HBO (Saluran Astro 411 / 431 HD)
Arahan: Ho Yuhang (Malaysia) Lakonan: Bront Palarae, Nabila Huda, Redza Minhat
Seorang Ahli Parlimen di sebuah kampung nelayan meminta bantuan seorang bomoh wanita untuk memulihkan semula ekonomi di kawasan itu. Permintaannya ditunaikan oleh wanita tersebut dan kedua-duanya menjadi pasangan kekasih. Segalanya berubah apabila rahsia hitam bomoh tersebut terbongkar.
Episod #6: “Folklore: Mongdal”
Tarikh tayangan: Ahad, 11 November pukul 10 malam di HBO (Saluran Astro 411 / 431 HD)
Arahan: Lee Sang Woo (Korea)
Lakonan: Lee Chae-Yeon, Jung Yoon-Seok
Seorang ibu cuba memenuhi setiap permintaann anaknya yang menghidap penyakit mental. Apabila anaknya jatuh cinta dengan seorang gadis yang baharu berpindah ke situ, si ibu nekad untuk melakukan apa saja bagi menunaikan impian anaknya. Gadis tersebut pula dianggap calon paling sesuai untuk menemani anaknya selepas meninggal dunia.
“Folklore: A Mother’s Love” arahan Joko Anwar dari Indonesia dan “Folklore: Pob” arahan Pen-Ek Ratanaruang dari Thailand telah dipilih untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto yang ke-43 (TIFF).
Pemilihan ini mencatatkan sejarah kerana menjadi siri TV Asia pertama yang tersenarai sejak program Primetime diperkenalkan di TIFF pada 2015. Program Primetime menampilkan siri televisyen terbaik dengan jalan cerita yang kuat serta lain daripada yang lain. HBO Asia mula menerbitkan siri Asal pada 2012 dan telah mengembangkan penerbitan Asal Asia kepada rancangan bersiri, filem dan dokumentari.
FOLKLORE adalah terbitan Asal Asia kelima rangkaian ini dan merupakan permulaan untuk lebih banyak lagi karya di masa hadapan. Lain-lain Terbitan Asal HBO Asia yang akan dating termasuk GRISSE - siri drama lapan episod berdurasi satu jam yang senarionya ditetapkan pada pertengahan tahun 1800-an dalam tempoh penjajahan Hindia Belanda dan THE WORLD BEHIND THE TEENAGE PSYCHIC - satu dokumentari Mandarin berdurasi satu jam yang bertujuan untuk menyelidiki lebih mendalam amalan shamanistik yang unik semasa Bulan Hantu di Taiwan.
Comments
Post a Comment