HARITH ISKANDER TERAJUI SIRI BBC EARTH, “GOT SCIENCE?”



BBC Studios mengumumkan siri baharu BBC Earth yang pertama di Asia Tenggara – Got Science? Dihoskan oleh Harith Iskander, raja komedi Malaysia dan juga pemenang 'Individu paling lucu di dunia 2016’ oleh Laugh Factory, Got Science? meneroka dan menerangkan sains dalam kehidupan seharian, menggunakan sebab, logik, rasional dan sains.

Siri yang menampilkan lapan episod ini akan meneroka segmen makanan, kesihatan, kecergasan, sukan, anatomi dan teknologi. Pantas dan penuh dengan maklumat, Harith mengendalikan rancangan ini dengan gayanya yang tersendiri. Mitos popular seperti makan durian bersama alkohol akan membunuh anda, dan MSG tidak baik untuk anda antara beberapa topik yang ada di dalam siri baharu ini.

“Kandungan siaran BBC Earth meliputi ciri-ciri seperti sejarah, sains dan pengembaraan. Kami mahu melakukan sesuatu yang pantas, menyeronokkan dan bermaklumat yang relevan kepada penonton di Asia. Got Science? adalah bertepatan dengan objektif ini. Siri ini meneroka perkara seharian, dari yang kita lihat di internet sehinggalah perkara yang sering diperkatakan seperti tidak minum alkohol selepas makan durian, di mana semuanya diceritakan oleh Harith dalam gaya komedinya. Saya sangat teruja untuk melihat reaksi orang ramai mengenai rancangan ini apabila ia disiarkan pada 11 September nanti,” kata Ryan Shiotani, Naib Presiden, Kandungan, Asia, BBC Studios.

 

“Sains bukanlah mata pelajaran kegemaran saya di sekolah,” kata Harith Iskander, “Pada awalnya saya bimbang sewaktu BBC menawarkan saya untuk mengacara Got Science?. Saya tidak pernah memahami teori dan formula saintifik yang kompleks seperti diajarkan oleh guru-guru di sekolah. Sekarang baru saya sedar kenapa sains tidak pernah menarik minat saya pada waktu itu kerana ia tiada kaitan dengan kehidupan seharian saya. Got Science? mendekati sains dengan cara yang segar, menyeronokkan dan mudah diakses. Saya berharap penonton akan menikmatinya dan mempunyai banyak idea seperti yang dialami oleh saya.”

Got Science? mula ditayangkan di BBC Earth pada hari Selasa, 11 September pukul 8.05 malam, dan ia juga boleh didapati di aplikasi BBC Player pada masa yang sama.

Di Malaysia, saluran BBC Earth boleh didapati di unifi TV (saluran 501). Selain Malaysia, ia juga boleh di dapati di Hong Kong, Indonesia, Laos, Mongolia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO