DITINDIH SYAITAN "MARA" DI PAWAGAM 20 SEPTEMBER



Pernahkah anda terbangun dari tidur dengan tiba-tiba tetapi dalam keadaan sedar dan tidak sedar anda tidak dapat menggerakkan tubuh, seolah-olah ada sesuatu yang menindih anda?

Fenomena tersebut dipanggil sleep paralysis dan ia menjadi teras kepada filem seram, Mara yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 20 September ini.

 

Ia mengisahkan seorang ahli psikologi jenayah, Kate Fuller yang sedang menyiasat kematian seorang lelaki yang kelihatan seperti dijerut sehingga mati ketika tidur oleh isterinya. Kes tersebut hanya mempunyai seorang saksi iaitu Sophie, anak perempuan kepada pasangan itu.

Dalam siasatanya, Kate membongkar misteri kewujudan syaitan, Mara yang mengambil nyawa mangsanya ketika mereka sedang tidur.

Kini, Kate dan Sophie pula dihantu oleh Mara. Dapatkah mereka selamatkan diri daripada menjadi mangsa?




MARA
Bahasa: Inggeris
Tarikh Tayangan: 20 September 2018
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Olga Kurylenko, Javier Botet, Mitch Eakins
Pengarah: Clive Tonge


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA