NULNU - 300 KHIDMAT KECANTIKAN DI BAWAH SATU BUMBUNG



NULNU - Lifestyle Mall hari ini membuka pintunya dengan rasmi di pusat membeli-belah 3 Damansara. Majlis pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh pengasasnya, Prof. Dr. CocoAlex Yeoh, Yang Mulia Tunku Dato Seri Nurul Hayati Binti Tunku Bahadar. dan Dato Haslina bt Abdul Hamid (Timbalan setiausaha Pelancongan).

Majlis turut diserikan oleh kehadiran selebriti tempatan seperti Nasha Aziz, Peter Davis, Dr Jezamine Lim Iskander, Frederick Lee, Joey Leong, Fabian Loo, Chrystina Ng, Joyce Harn, Anjoe Koh dan lain-lain.

NULNU adalah sebuah pusat kecantikan berintegrasi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kecantikan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, termasuk penjagaan kesihatan, gaya rambut. rias kuku dan rawatan kecantikan kuku kaki, rawatan muka, sulaman bulu kening, pengurusan berat badan, urutan badan dan kaki serta banyak lagi.

Ia terbahagi kepada 9 zon penting untuk pelanggan lelaki dan wanita iaitu: Zon Gaya Rambut, Zon Solekan, Zon Solekan Separuh-Kekal. Zon Kecantikan dan Kesihatan. Zon Rias dan Rawatan Kuku, Zon Kecantikan Estetik. Zon Produk, Zon Kanak-Kanak dan Restoran.

Prof. CocoAIex berkata bahawa beliau ingin menjadikan NULNU bukan sahaja sebuah pusat kecantikan tetapi juga platform yang memberi peluang kerjaya kepada semua profesional dalam industri ini. Prof. CocoAIex harap NULNU boleh menjadi perintis yang mencipta jenama yang seksi dan elegan dalam industri kecantikan di Malaysia.



NULNU 
Alamat: Tropicana City Mall, 13A-14A-19A,
Level 2, No 3,
Jalan SS20/27,
47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Hotline: +6013 9333 333
Emel: careline@nulnu.com
Laman web rasmi: https://nulnu.com/
Laman Facebook: https://www.facebook.com/nulnulifestylemall/
Laman Instagram: https://www.instagram.com/nulnu_official/

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA