PENGURANGAN KOLESTEROL KUNCI KESIHATAN JANTUNG



Kolesterol tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, salah satu punca kematian utama dalam kalangan rakyat Malaysia. Satu daripada dua rakyat Malaysia dewasa mengalami kolesterol tinggi dan kira-kira separuh daripada mereka di bawah umur 40.

Walaupun angka ini amat membimbangkan, empat daripada lima individu yang menghadapi kolesterol tinggi tidak menyedari status mereka.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran awam tetang kolesterol tinggi di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS menjalinkan kerjasama dengan Yayasan IJN, sebuah pertubuhan kebajikan di bawah Institut Jantung Negara (IJN), untuk menganjurkan perbincangan meja bulat baru-baru ini.

Acara tersebut menegaskan pengurusan kolesterol serta kepentingan mengutamakan kesihatan jantung bagi menjamin kualiti hidup yang baik.

Perbincangan diketuai oleh pakar-pakar IJN dan seorang pakar pemakanan dari Nestlé yang berkongsi tentang kesan kolesterol tinggi terhadap jantung serta cara-cara menguruskan kolesterol ke arah kehidupan yang lebih sihat. 

Dari Kiri: Joy Goh, Brand Manager, NESTLÉ OMEGA PLUS – Milks Business Unit, Nestlé Malaysia; Dr. Rafidah Abu Bakar, Consultant Cardiologist, Institut Jantung Negara (IJN); Foong Pui Hing, Senior Principal Dietitian, IJN; Ahmad Fadzil Zainal, Sponsored Patient, IJN Foundation; Vijayakumar Kandasamy, Sponsored Patient, IJN Foundation; Nurul Iliani Ahmad, Category Nutrition Manager, Nestlé Products Sdn. Bhd.; & Rittzawati Rosli Mohd Rosli, Manager, IJN Foundation. 

Mengaitkan hubungan kolesterol dengan penyakit jantung, Dr. Rafidah Abu Bakar, Pakar Perunding Kardiologi IJN menjelaskan bahawa penghasilan kolesterol secara beransur-ansur akan menyebabkan pemendapan lipid yang seterusnya mengakibatkan arteriosklerosis.

Arteriosklerosis ialah keadaan di mana arteri-arteri tersumbat menghalang pengaliran darah serta oksigen. Jika melarat, keadaan ini boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian dada, serangan jantung atau strok.

"Apabila disebut penyakit jantung yang disebabkan kolesterol tinggi, seseorang mungkin terbayang lelaki, orang tua atau orang yang berlebihan berat badan. Namun, tanggapan ini meleset jauh sama sekali. Kolesterol tinggi tidak mengenal umur, jantina, saiz badan bahkan tahap kecergasan. Semua orang boleh terjejas. Sehubungan itu, tanggapan salah ini harus disangkal kerana hakikatnya, wanita berdepan risiko yang sama dengan lelaki, orang yang tidak gemuk juga berisiko, begitu juga orang muda yang turut menghadapi risiko yang sama. Malangnya, kolesterol tinggi tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala, dan masalah ini biasanya hanya dikenal pasti sewaktu kes-kes kecemasan,” katanya.

Ahmad Fadzil Zainal, pesakit IJN yang juga bekas pemain hoki negara yang pernah beraksi dalam dua temasya sukan Olimpik berkongsi pengalamannya berdepan dengan penyakit jantung dan kegagalan prosedur angioplasti untuk merawat tiga arterinya yang tersumbat. Pada awal tahun ini, rayuannya untuk meraih dana demi menampung kos pembedahan pintasan jantung di IJN mendapat perhatian media.

“Diagnosis saya merupakan satu kejutan besar kerana penyakit jantung sering dikaitkan dengan orang yang tidak cergas, walaupun itu satu tanggapan yang tidak tepat. Bagaimanapun, pengalaman ini telah menjadi iktibar kepada saya untuk menjaga kesihatan jantung serta kesihatan saya secara umumnya dengan lebih baik. Memandangkan ramai rakyat Malaysia yang menghadapi kolesterol tinggi tidak menyedari status mereka ini, saya menggalakkan semua untuk menjalani pemeriksaan paras kolesterol secara rutin,” katanya.

Foong Pui Hing, Pakar Dietetik Kanan IJN menerangkan bahawa kolesterol memainkan peranan yang penting dalam tubuh, termasuk penghasilan hormon, pembentukan membran sel serta penghasilan vitamin D.

“Kolesterol daripada sumber produk haiwan mempunyai kesan yang kecil terhadap LDL atau kolesterol tidak baik dalam darah. Tetapi, lemak tepu dan lemak trans dalam makanan boleh menyebabkan peningkatan dalam kolesterol LDL yang jauh lebih tinggi. Sebaliknya, pengambilan lemak yang lebih sihat iaitu lemak poli tak tepu dan mono tak tepu dalam diet dapat merendahkan kolesterol LDL. Selain itu, pengambilan serat sebanyak 20-30g setiap hari daripada sumber buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin tulen juga dapat membantu mengurangkan kolesterol LDL,” tambahnya.

“Satu lagi cara untuk menghalang penyerapan kolesterol tidak baik ke dalam sistem tubuh adalah dengan mengambil sterol tumbuh-tumbuhan, iaitu sejenis bahan semula jadi dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan,” kata Nurul Iliani Ahmad, Pakar Nutrisi di Nestlé (Malaysia) Berhad.

“Sterol tumbuh-tumbuhan mempunyai komposisi molekul yang serupa dengan kolesterol – ia berfungsi dengan meniru kolesterol, maka ia akan bersaing dengan kolesterol untuk diserapkan ke dalam badan. Dalam erti kata lain, ia ‘menghalang’ kolesterol daripada diserap, manakala kolesterol yang berlebihan akan disingkirkan dari bahan kita sebagai bahan buangan.”

“Untuk memastikan keberkesanan sterol tumbuh-tumbuhan dalam mengurangkan kolesterol, anda perlu mengambil 1.2 gram sterol tumbuh-tumbuhan – bersamaan dengan 255 biji tomato atau 126 batang lobak merah setiap hari. Satu cara yang lebih mudah adalah dengan mengambil produk formula yang mengandungi kuantiti sterol tumbuh-tumbuhan tambahan yang mencukupi seperti NESTLÉ OMEGA PLUS,” ulasnya.

Kumaran Nowuram, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO dan Susu di Nestlé Malaysia menegaskan komitmen Nestlé dalam mendidik orang ramai supaya lebih mengambil peduli tentang kolesterol tinggi dan kesihatan jantung.

“Kolesterol tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan kesan akibat gaya hidup yang serba pantas serta budaya makanan yang kurang sihat. Di Nestlé, kami menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk mempunyai kesedaran lebih tinggi tentang kesihatan mereka serta membuat pilihan diet dan nutrisi. Kami ingin mendorong mereka untuk melakukan perubahan gaya hidup mudah yang dapat memberikan impak positif kepada kesihatan jantung, sekaligus membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih panjang dan sihat. Komitmen ini adalah selari dengan matlamat Nestlé untuk meningkatkan kualiti kehidupan serta melakar masa depan yang lebih sihat untuk semua,” kata Kumaran.

Sejak memeterai kerjasama pada tahun lepas, NESTLÉ OMEGA PLUS dan Yayasan IJN telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kolesterol, pengedaran kit-kit kesihatan serta kempen kesedaran diet yang lebih sihat.

Pada awal tahun ini, Cabaran 30-Hari NESTLÉ OMEGA PLUS telah dilancarkan bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengambil berat tentang kesihatan jantung mereka dengan mengurangkan paras kolesterol dalam pertandingan peringkat kebangsaan.

Dalam mengorak langkah ke arah jantung yang lebih sihat, NESTLÉ OMEGA PLUS menyeru agar semua rakyat Malaysia lebih proaktif dalam menguruskan tahap kolesterol mereka.

Perjalanan ke arah kehidupan lebih sihat bermula dengan perubahan gaya hidup mudah yang mampu dilakukan oleh setiap individu bermula hari ini. Pemeriksaan kolesterol yang tetap merupakan langkah paling utama dalam pencegahan kolesterol tinggi.

Rutin pengurusan kesihatan jantung secara holistik harus mengambil kira perubahan dari segi gaya hidup dan tabiat pengambilan diet yang sihat untuk jantung.

Ini termasuklah memberikan perhatian kepada label makanan serta memilih makanan yang dapat meningkatkan kesihatan jantung.

Di samping itu, mengamalkan gaya hidup aktif merupakan satu lagi komponen yang penting – senaman dan aktiviti fizikal wajar dijadikan rutin harian oleh setiap individu.

Untuk maklumat lanjut dan maklumat terkini tentang NESTLÉ OMEGA PLUS, sila layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING