PILIHAN UTAMA AGODA BAGI CUTI PANJANG

‘Saya tidak sabar menanti hujung minggu!’ – ayat lazim yang bergema di dalam minda ramai orang sepanjang minggu.

Bertuahnya Malaysia yang bukan sahaja paling dikenali dengan kesibukan jalan raya, juadah warna-warni dan budaya yang pelbagai, tetapi juga dirahmati dengan banyak cuti umum yang menjadikan cuti hujung minggu panjang, memberikan pengembara masa yang banyak untuk melancong.

Dengan cuti-cuti seperti Hari Keputeraan Yang di Pertuan Agong (9 September), Awal Muharram (11 September) dan Hari Malaysia (16 Malaysia) yang memenuhi kalendar bulan September, Agoda mencadangkan beberapa pilihan percutian terbaik untuk anda meneroka permata tersembuyi di Asia.

Selamat bercuti!

Mahagiri Resort Nusa Lembongan

1. Nusa Lembongan, Bali 
Untuk keindahan Indonesia tiada taranya, kunjungilah Nusa Lembongan, sebuah pulau kecil yang terletak di pesisiran tenggara perairan Bali. Walaupun lebih sunyi berbanding Bali, Nusa Lembongan pastinya tidak kekurangan penawarannya untuk pencinta alam dan penggemar pantai.

Kunjungilah satu daripada banyak pantai yang terdampar di pulau ini termasuk Dream Beach dan menyelam bersama hidupan laut sebelum menuju ke Devil’s Tears untuk menyaksikan matahari terbenam. Berehat di satu daripada resort tepi pantai seperti Mahigiri Resort Nusa Lembongan. Di sana, anda boleh menikmati pemandangan indah Bali dan Gunung Agung.


Tanjung Jara Resort
 
2. Dungun dan Pulau Tenggol, Malaysia 
Jelajahi Pantai Timur Malaysia iaitu pantai panjang di Dungun. Tanggalkan kasut dan berjalan santai di atas pasir di persisiran pantainya. Bermalam di Tanjung Jara Resort, yang menjadi tempat terbaik untuk melakukan lawatan singkat ke Pulau Tenggol, sebuah pulau kecil dan terpencil di perairan Terengganu. Secara umumnya tidak terusik oleh kemodenan, permata tersembunyi ini kaya dengan hidupan laut dan terumbu karang – menjadikannya syurga kepada penyelam.


Eat Sleep Café and Bed
 
3. Chiang Rai, Thailand
Walaupun bandar ini terkenal dengan koleksi kuil yang mengagumkan seperti Wat Rong Khun (lebih dikenali sebagai kuil putih), Wat Klang Wieng, Wat Phra Kaew dan Wat Phra Singh yang mengujakan peminat kebudayaan, Chiang Rai juga adalah suatu tempat yang sesuai untuk pelancong yang ingin berehat atau bersantai. Cubalah Eat Sleep Café and Bed – sebuah rumah rehat yang sempurna sebelum anda menerokai keseluruhan Chiang Rai.

The Hillocks Hotel & Spa
 
4. Siem Reap, Kemboja 
Adakah anda ingin mencari tempat yang sesuai untuk berehat santai? The Hillocks Hotel & Spa adalah tempat yang tepat untuk anda melepaskan lelah dan mengembalikan tenaga.

Terletak di antara taman-taman yang rimbun, resort ini yang berinspirasi seni bina Khmer dilengkapi dengan kolam air garam besar yang menghadapkan sawah padi di sekelilingnya. Lounge koktel di tepi kolam renang dan spa perkhidmatan penuhnya akan membuatkan anda berasa dimanjakan dan tenang selepas seharian meneroka kuil atau membeli-belah di pasar malam.

The River Resort
 
5. Champasak, Laos
The River Resort yang terletak di pekan Champasak adalah tempat persembunyian sempurna bagi mereka yang mencari ketenangan jauh dari hiruk-pikuk kehidupan kota.

Hilangkan kelesuan anda dengan urutan tradisional atau bersiar-siar di taman-taman berlanskap di resort ini. Jika pengembaraan adalah apa yang anda mahukan, anda boleh menaiki tuk-tuk ke pekan Champasak yang terletak hanya 3km jauhnya; menyeberang Sungai Mekong menggunakan bot ke Kem Gajah di Pusat Pemuliharaan Xe Pian Kebangsaan atau lawati 4,000 pulau Mekong (Si Phan Don).

Untuk lebih banyak pilihan penginapan lawat Agoda.com atau muat turun mobile app Agoda.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!