SEPUTAR MALAM TAYANGAN PERDANA "RISE INI KALILAH"



WebTVAsia, syarikat hiburan media ternama telah menjadi hos kepada lebih 1,600 tetamu yang hadir ke majlis tayangan perdana filem yang paling dinanti oleh rakyat Malaysia, Rise Ini Kalilah (‘Rise’).

‘Rise’, sebuah filem cereka yang diadaptasi daripada kisah sebenar hasil idea penerbitnya, Fred Chong bakal ditayangkan kepada umum mulai 13 September ini.

Filem ini membawa penonton menyusuri latar kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia yang bergabung tenaga demi matlamat untuk melahirkan rasa kasih terhadap negara.

Kisah enam individu berlainan plot cerita itu akan terjalin-kait pada tarikh keramat, 9 Mei, kemuncak Pilihan Raya Umum ke 14 yang menghidupkan semula suasana penuh debaran sewaktu berlangsungnya pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.


Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah sudi merasmikan acara tersebut bersama penerbit Fred Chong; pengarah filem Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, Prem Nath dan Pengerusi Only World Group Holdings Berhad (OWG), Tan Sri Richard Koh.

Menurut Chong, "Filem ini dihasilkan dengan garapan oleh tiga pengarah ternama dan dibarisi bintang-bintang pelbagai bangsa sempena semangat kebangkitan kuasa rakyat untuk ‘Malaysia Baharu’. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia akan menonton filem ini dan mengimbas semula detik bersejarah itu dan terus mengingatinya sebagai satu permulaan perjalanan kita untuk menjadi sebuah negara yang lebih maju, aman dan makmur."

Turut hadir ke acara itu ialah pelakon utama filem tersebut antaranya Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Mark O’dea bersama pelakon Sweet Qismina, Mustaqim Bahadon, Sharifah Sakinah, Yana Samsudin, Datuk Jalaluddin Hassan, Tony Eusoff, Pushpa Narayan, Moon Yoong, David Anthony dan lain-lain.

Persembahan koir oleh pasukan koir SK Taman Megah yang membawakan lagu-lagu patriotik malar segar, Sejahtera Malaysia, Setia dan Gemilang turut menyentuh hati para tetamu yang hadir termasuk Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin dan Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga Hannah Yeoh and Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Hadir sama ialah ahli parlimen, Fahmi Fadzil, Maria Chin Abdullah; dan ketua lembaga swadaya masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Ambiga Sreenevasan, Ivy Josiah dan Zainah Anwar. “Rise” akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 September 2018.


Untuk matlumat terkini sila layari
https://www.RiseIniKalilah.com

dan media sosial rasmi
https://www.facebook.com/riseinikalilah
https://www.twitter.com/riseinikalilah
https://www.instragram.com/riseinikalilah.



Sinopsis Filem 
Filem ini mengikuti kehidupan rakyat biasa yang bergabung demi matlamat yang sama, yakni, kasih terhadap negara. Menerusi 6 cerita individu yang saling berkait, ia merakamkan suasana penuh ketegangan waktu akhir sebelum berlangsungnya pilihan raya umum yang terpenting dalam sejarah Malaysia.

Setiap cerita akan menyinkapkan kesedaran kami apakah ertinya sebagai seorang rakyat Malaysia yang sebenar – kehormatan, harapan, mempertahankan diri anda, membela hak anda, penebusan dan membina masa harapan yang baru.

Seorang pelajar yang berada di London cuba dengan sedaya upayanya untuk mengirim balik undi pos yang penting; seorang ahli peniaga yang terkongkong dalam emosi ketakutan kerana politik; seorang wartawan yang berdekad melaporkan kebenaran; seorang polis yang terperangkap dalam dilemma untuk melakukan apa yang betul dan apa yang terbaik demi keluarganya; kisah cinta larang antara pasangan dari dua kaum berbeza, seorang penjaja Singapura yang tidak mempunyai matlamat hidup dan seorang agen pengundian di Malaysia.

Tiba masa 4:58 petang pada 9hb Mei 2018, keenam-enam watak ini akan bertembung bersama. Menjelang ketibaan zaman baru, pilihan yang mereka buat akan dicerminkan dan meninggalkan kesan nyata dalam kehidupan mereka. 

Cerita Marcus - Hormat
Marcus (Mark O’dea), seorang wartawan dari England yang secara tidak sengaja telah dipasangkan dengan Jun (Jenn Chia), jurukamera wanita gigih berasal dari Sabah untuk mencari maklumat berkenaan eksploitasi pekerja asing di Malaysia. Tugas mereka menjadi lebih sukar apabila pasangan itu sering bertengkar terutamanya bila melibatkan soal politik dan urus tadbir negara - satu pihak berpandangan sinis dan berpendapat tiada apa yang akan berubah, sementara satu pihak lagi lebih bersemangat dan benar-benar yakin dengan transformasi. Namun tanpa mereka sedari bahawa apa yang ada di hadapan mereka akan mengubah sejarah buat selama-lamanya.

Cerita Selva - Kesaksamaan
Pada minggu-minggu terakhir menjelang PRU14, Selva (Shashi Tharan) sering melibatkan diri dengan kerja kebajikan dan amal yang menguruskan agensi pekerja asing terpaksa menanggung tekanan politik yang kuat di Malaysia - lalu dia meninggalkan nilai dan integriti itu dengan melabur dalam perniagaannya. Menurutnya, itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan 5,000 pekerja di bawah kelolaannya, keluarga mereka, dan yang paling utama, dirinya sendiri. Akhirnya, pada hari mengundi - detik-detik sebelum isterinya (Pushpa Narayan) melahirkan anak sulung mereka di hospital - Selva berada di dalam dilema. Keputusan muktamadnya akan menentukan nasib seluruh rakyat Malaysia dan generasi akan datang, termasuk anaknya sendiri yang menunggu masa untuk melihat dunia.

Cerita Fizah - Masa Depan
Seperti kebanyakan pelajar Malaysia di luar negara, Fizah (Mira Flizah) juga layak untuk mengundi pada pilihan raya umum itu tetapi memilih untuk enggan melibatkan diri. Menjelang PRU14, beliau berjanji dengan rakan sebiliknya yang kuat berpolitik, SaSha (Sweet Qismina) untuk membantu mengumpulkan sampul undi pos rakan-rakan lain kerana dia sendiri akan pulang ke tanahair untuk menghadiri majlis perkahwinan kakaknya. Apabila tiba di KLIA, Fizah tiba-tiba mendapati dirinya terkandas dengan beg undi pos apabila runner yang sepatutnya mengurus undi pos ke destinasi lain tidak muncul. Berada di persimpangan jalan, Fizah mesti menentukan maksud sebenar kepulangannya ke Malaysia - adakah untuk dirinya sendiri, atau untuk negaranya?

Cerita Azman – Penebusan
Azman (Remy Ishak), seorang polis yang lurus dan berfikiran sempit tidak dapat mengelak untuk melihat sebuah kehidupan yang lebih baik sedang menunggu keluarganya jika dia hanya menutup sebelah mata, dan menyertai pasukannya untuk melaksanakan satu tugas khas untuk kerajaan. Setiap hari, sewaktu menyemat lencana di pakaian seragamnya, dia terperangkap di antara untuk melakukan apa yang betul dan terbaik untuk keluarganya. Hari tersebut tiba apabila dia ditempatkan di sebuah pusat pengundian kritikal semasa pilihan raya bagi memastikan segala-galanya berpihak kepada parti pemerintah. Apabila selesainya PRU14, Azman perlu membuat keputusan sama ada apa yang betul dan yang terbaik untuk keluarganya adalah dua perkara yang sama..

Cerita Shanti - Teguh
Berpendirian Shanti (Sangeeta Krishnasamy), seorang guru muzik di sekolah rendah telah lama berdiam diri daripada hal yang melibatkan ayahnya. Sebagai Guru Besar di sekolahnya, bukan sahaja ia telah menjejaskan kewibawaannya, ayahnya juga telah menolak cinta hidupnya (Jack Tan) kerana perbezaan kaum dan kedudukan sosialnya. Dengan harapan bahawa beberapa perkara dalam kehidupan adalah lebih bebas dan tidak berat sebelah, dia menjadi sukarelawan sebagai Agen Pengundian dan Mengira (PACA). Walau bagaimanapun, sebagai anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, bapanya (Thangamani) seperti biasa sentiasa menentang dan mempersoalkan keputusannya. Kali ini, Shanti mendapati dirinya bukan sahaja berjuang untuk kepercayaannya, dia juga berjuang untuk hak sesama warganegaranya.

Cerita Leong - Rumah Kita
Selepas berpisah dengan kekasih sewaktu di zaman kanak-kanak, Leong (Jack Tan) remaja yang bermasalah telah melarikan diri ke Singapura dan bekerja di sebuah gerai. Walaupun berusaha keras untuk memulakan hidup yang baru di negara asing, sebagai orang luar, dia tetap merasakan kehilangan dan kesepian berada jauh dari keluarga. Di sebalik sifat luarannya, dia sebenarnya seorang anak lelaki yang lembut hati dan sentiasa bersedia untuk berpegang teguh dengan apa yang dia percaya betul. Semakin dekat PRU14 datang menghampiri, Leong memutuskan untuk melaksanakan satu pertarungan terakhir dan pulang ke Malaysia. Tanpa dia sedari, kepulangannya boleh menyebabkan dia meninggalkan negara ini sekali lagi dengan alasan yang sama sewaktu dia meninggalkan pertama kali dulu.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA