SERTAI SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI REMPAH 2018 @ BOOKXCESS


Apakah rancangan anda untuk menyambut sambutan Hari Malaysia pada kali ini? Adakah anda seorang yang suka melayari dan menikmati keindahan seni tempatan yang unik?

Sertai warna warni Malaysia bersama warga Media Prima dalam menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2018 ini di Rempah 2018 dan BookXcess! Tahukah anda begitu ramai rakyat Malaysia yang berbakat di kalangan kita?

Temui mereka dan hargai pameran seni yang unik seperti karikatur trilogi oleh Johan Ishak.

Selain dari itu, Ejen Ali, watak animasi kegemaran kanak-kanak Malaysia yang juga akan membuat penampilan khas untuk menghiburkan orang ramai semasa acara ini berlangsung!

Karikatur Trilogi Johan Ishak di Rempah 2018 
Malaysia yang terkenal dengan kekayaan warnanya, budaya dan kesenian, dizahirkan melalui motif pop haiwan dan ekspresi seni kotemporari yang ditonjolkan di dalam elemen karya Johan Ishak di dalam seni karikatur triloginya.

Karikatur Trilogi yang mempunyai pelbagai jenis haiwan dengan pelbagai aksara yang mewakili beberapa zodiak cina menggambit kembali nama samaran zaman kanak-kanak dari masa lalu. Karya ini dijamin mampu menonjol di antara semua karya tempatan yang dipamerkan di dalam acara ini ternyata, mempunyai keunikan tersendiri, cantik dan mengangumkan.

Acara ini lebih bermakna dan indah dengan sambutan Hari Malaysia bersama dengan warga tempatan. Oleh itu, sebahagian daripada keuntungan dari jualan karikatur trilogi akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3 bagi membantu golongan yang memerlukan dengan menyediakan platform untuk golongan muda dan artis berpengalaman dalam memaparkan karya mereka. 


Penampilan Istimewa Ejen Ali di Rempah 2018 
Bagi anak-anak kecil yang meminati Ejen Ali, tentu sekali tahu akan tarian di dalam cerita animasi ini.

Bawa anak-anak anda menari dan berhibur bersama Ejen Ali, watak animasi kegemaran anak-anak Malaysia yang akan membuat penampilan istimewa, khas untuk para pengunjung di Rempah 2018!

Watak Ejen Ali yang comel ini juga akan berinteraksi dengan anak-anak anda sepanjang hari di bookXcess pada hari yang sama 16 September 2018 ini, di Dataran Tamarind, Cyberjaya.

Rempah akan berlansung pada 16 September 2018, di Tamarind Square, Cyberjaya. Pesta seni yang menjanjikan suatu pengalaman baru buat penggemar seni, 12 jam tanpa henti bermula dari 9.16 pagi sehingga 9.16 malam.

Ejen Ali di BookXcess 
Penuhi aktiviti cuti sekolah ini bersama dengan anak-anak anda di Rempah 2018 dalam menyertai Ejen Ali di BookXcess. Pelbagai aktiviti turut disediakan khas buat untuk anak-anak cilik ini dalam menterjemahkan bakat kreatif mereka di BookXcess ini.

Bawa pensil warna anda sendiri untuk turut serta di dalam pertandingan mewarna khas pada Hari Malaysia, Ahad, 16 September dan berpeluang memenangi barangan khas yang disediakan!

Acara BookXcess ini bermula pada 1 Ogos 2018 sehingga 16 September 2018 di Dataran Tamarind, Cyberjaya.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA