SINOPSIS SLOT DAHLIA TV3 "KENYALANG I'M IN LOVE"



Tidak pernah menghampakan para peminat drama tempatan, TV3 membawakan siri drama terbaharu menerusi slot Dahlia, “Kenyalang I’m In Love” lakonan Hafeez Mikail dan Ain Edruce.

Kenyalang I’m In Love mengisahkan Ahmad Jeffri @AJ (Hafeez Mikail) dan Wanda (Ain Edruce) yang berkawan baik sejak sekolah rendah tetapi hubungan mereka terputus selepas AJ berpindah ke Kuala Lumpur.

AJ kini bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran. Dia diberhentikan kerana disabotaj oleh rakan sekerjanya, Khairul. Malah Khairul juga telah merampas kekasihnya, Sutra. Sepanjang dua bulan menganggur, AJ memutuskan untuk ke Sarawak.

Pertemuan yang tidak diduga antara AJ dan Wanda telah merapatkan kembali hubungan mereka. Keluarga Wanda cuba menjodohkan Wanda dengan Daniel, yang merupakan anak jati Sarawak tetapi tidak dipersetujui Wanda. Sepanjang hubungan AJ dan Wanda di Sarawak, perasaan mereka bertaut kembali.


Akan tetapi kerana keegoan, masing-masing memendam perasaan. Kebahagiaan AJ terhenti apabila menerima panggilan telefon daripada ibu bapanya yang memintanya pulang semula ke Kuala Lumpur. AJ terkejut apabila Sutra memberitahu dia telah mengandungkan anak AJ.

Dapatkah AJ dan Wanda meneruskan hubungan setelah diuji pelbagai situasi? 

Bersiaran selama 13 episod, drama terbitan Frontrow Pictures Sdn Bhd ini telah mula bersiaran pada 26 Ogos lalu.

Feroz Kader selaku pengarah harus diberikan pujian kerana berjaya menghidupkan setiap situasi yang berlaku di dalam Kenyalang I’m In Love. kisah cinta AJ dan Wanda.

KENYALANG I’M IN LOVE dalam slot Dahlia bermula 26 Ogos, setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 6.58 petang.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM