FESTIVAL FILEM KESATUAN EROPAH TAMPIL 21 FILEM HEBAT



Festival Filem Kesatuan Eropah (The European Union Film Festival/ EUFF) bakal kembali buat kali ke-19 ke layar Golden Screen Cinemas dengan filem-filem hebat merentasi benua Eropah.

EUFF bakal dianjurkan di pawagam Golden Screen Cinemas yang terpilih di Klang Valley (18 – 28 October), Georgetown (1-7 November), Johor Bahru (15-18 November), Kuching (22-28 November) and Kota Kinabalu (6-12 December).

Tahun ini, EUFF bakal menampilkan 21 filem yang pernah memenangi anugerah dari 17 negara Eropah. 


Untuk meraikan impak kebudayaan filem dan artis Van Gogh, Kedutaan Netherland bakal menganjurkan bengkel seni untuk kanak-kanak pelarian di Malaysia, sempena EUFF 2018. Karya kanak-kanak yang diilhamkan oleh lukisan Van Gogh bakal dipamerkan di pelancaran EUFF, Kuala Lumpur pada 17 Oktober, dan sesi bidaan bakal diadakan untuk jualan lukisan tersebut, di mana hasil kutipan bakal disalurkan untuk membantu kanak-kanak pelarian.

Lapan filem –– Anka (Croatia), Kinscem, Bet on Revenge (Hungary), Friends by Chance (Italy), Quo Vado? (Italy), Miss Kiet's Children (Netherlands), Selfie (Romania), Breaking News (Romania) and My Big Night (Spain) akan ditayangkan secara percuma kepada penonton. Kupon tayangan percuma boleh dicetak atau dimuat-turun dari http://euff.com.my/ dan ditebus di kaunter GSC sementara stok masih ada.

EUFF dianjurkan oleh Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, dengan kerjasama kedutaan dan institusi kebudayaan 15 negara ahli Kesatuan Eropah dan juga Norway and Switzerland.


EUFF disokong oleh Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. dan CinemaOnline, dan ditaja oleh Brandt.

Tiket EUFF dijual pada harga MYR8.50 mulai 16 Oktober. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.euff.com.my atau www.gsc.com.my






Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM