HERBALINE BUKA CAWANGAN BARU DI UTARA DAN PANTAI TIMUR

Cawangan Kuala Terengganu


Memandangkan permintaan yang meningkat bagi perkhidmatan spa dan kesejahteraan dalam kalangan pengguna, HerbaLine telah meluaskan kombo kesejahteraan 2 dalam 1 dalam bentuk Restoran Mama Kim dan Spa Muka HerbaLine ke Pulau Pinang dan Terengganu untuk merebut peluang dalam pasaran kesejahteraan di kawasan Utara & Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, HerbaLine juga sedang menyusun rancangan untuk membuka cawangannya tidak lama lagi di Jalan Ipoh Kuala Lumpur, Ipoh dan Botanic Klang. 

Timbalan Pengurus Besar HerbaLine Gary Sho berkata pada zaman sekarang semakin ramai orang, sama ada orang tempatan atau pelancong, ingin melapangkan fikiran dan membebaskan diri daripada tuntutan hidup harian & tekanan kerja, dan mencari cara menyenangkan untuk berehat & memulihkan kesihatan dan kesejahteraan tanpa membayar kos yang terlalu tinggi.

Majlis Pembukaan di Tanjung Tokong Pulau Pinang

Menurut laporan media, industri pelancongan kesejahteraan global, termasuk spa dan pusat rawatan berpacukan kesihatan, menjana hasil pendapatan $494 bilion pada 2013. Sektor kesejahteraan global terus membesar dan kini mencecah nilai kira-kira US$3.7 trilion. 

Di Malaysia, sektor kesihatan dan kesejahteraan sudah menjadi industri berbilion dolar dan diramalkan terus meningkat pada tahun-tahun yang akan datang. Negara ini sudah menjadi pasaran pertumbuhan utama bagi pelancongan kesejahteraan dan laporan Global Wellness Institute menunjukkan bahawa pasaran pelancongan kesejahteraan Malaysia diunjurkan meningkat pada kadar 12.8 peratus antara 2012 dan 2017

Kesejahteraan meliputi pelbagai bentuk, dengan kebanyakan kita ingin tampak menawan dan merasa diri kita menarik, memiliki tubuh badan yang sihat dan menikmati makanan yang penuh berkhasiat.  Justeru, konsep perniagaan kami “Eat Well, Look Well & Live Well” (Jaga Pemakanan & Jaga Penampilan) menawarkan kepada pelanggan pengalaman yang bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga memulihkan dan mencergaskan badan, serta jiwa dan raga. Inilah yang dimaksudkan kesejahteraan dan kesihatan luar dan dalam.

“Semua orang suka merasai nikmat membelai muka dan badan mereka dengan rawatan spa kecantikan yang melegakan, dan selepas itu menikmati kelazatan makanan yang sihat untuk menjamu selera dan perasaan. Inilah yang ditawarkan oleh konsep 2 dalam 1 kami,” kata Gary.

Konsep 2 dalam 1 ini yang dimulakan di KL beberapa tahun dahulu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran. “Bagaimanapun, ada pelanggan tempatan kami dari negeri-negeri lain yang datang ke KL semata-mata untuk mendapatkan rawatan muka dan menikmati makanan Mama Kim. Kami juga menyaksikan permintaan yang semakin meningkat daripada pelancong yang ingin mendapatkan rawatan spa dan kesihatan di KL dan negeri-negeri lain. Jadi, kami mengambil keputusan untuk membuka cawangan di Utara dan Timur Semenanjung bagi menyenangkan pengguna dan pelancong di sana untuk mendapatkan perkhidmatan kesejahteraan yang kami tawarkan,” kata Gary. 

HerbaLine Facial Spa, yang disifatkan sebagai Spa Muka pertama di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan suasana seperti spa untuk mengejutkan deria, menyegarkan badan dan perasaan, serta memberi sentuhan kesejahteraan dan kecantikan dari dalam ke luar.  Urutan muka dan badannya dilengkapi rawatan spa termasuk spa kaki garam laut, aromaterapi serai wangi dan teh spa kecantikan sebelum diakhiri dengan refleksologi ikan. 

Dengan tambahan Restoran Mama Kim, pelanggan boleh menikmati makanan yang sihat, bagi melengkapkan hari terapeutik tanpa tekanan sebelum pulang ke rumah atau meneruskan agenda seterusnya.

Restoran Mama Kim menawarkan menu yang komprehensif dengan falsafah “Where Healthy Is Yummy” (Sihat Tapi Lazat) – dengan konsep menu 80% sayuran dan 20% daging dalam satu hidangan. Prinsip sajian Mama Kim termasuk:
  • 5 warna utama
  • Bahan segar
  • Tanpa MSG
  • Tanpa tepung putih
  • Tanpa gula, kurang garam, kurang menggoreng.
  • Nutrien seimbang
  • Purata 80% sayuran / 20% daging
Untuk maklumat lanjut, sila ke www.herbaline.com.my atau hubungi 03-51215055.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA