5 LOKASI UNTUK MELIHAT BUNGA JACARANDA DI SYDNEY



Juga dikenali sebagai “Dream Tree” atau pohon impian, pokok jacaranda akan berbunga di sekitar bulan Oktober sehingga November dan mengubah lanskap Sydney kepada lautan kuntuman ungu yang indah.

Di sini kami kongsikan beberapa lokasi untuk menikmati pemandangan bunga jacaranda yang sempurna untuk dimuatnaikkan ke Instagram milik anda.


1. Circular Quay, Sydney
Pemandangan mercu-mercu tanda ikonik Sydney seperti Sydney Harbour Bridge, Sydney Opera House dan lorong batu-bata bersejarah di kawasan The Rocks akan bertambah unik dengan mekarnya pohon-pohon Jacaranda di persekitarannya.



2. Grafton Jacaranda Festival
Para pengunjung festival tahunan ini yang berlangsung dari 27 Oktober sehingga 4 November bakal menyaksikan acara pengnobatan ratu cantik Jacaranda, pelbagai aktiviti yang seronok untuk seisi keluarga, perbarisan kenderaan berhias, konsert dan juga acara larian ceria.



3. Royal Botanic Gardens, Sydney
Taman indah ini bukan sahaja untuk menyaksikan pohon-pohon jacaranda, tetapi ribuan spesies tumbuhan dan haiwan seperti unggas, keluang dan water dragon.



4. Tamworth, Sydney
Jalan-jalan raya di Tamworth akan dipenuhi oleh jutaan kuntuman bunga jacaranda ungu, menjadikan latar belakang peluang fotografi yang menarik.
 


5. Surry Hills, Sydney 
Ia adalah destinasi tarikan kulinari di pinggir bandar Sydney yang popular dengan cafe dan restoran yang unik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://jacarandafestival.com/jacaranda-trees/

Kredit foto: Destination NSW

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

TRESOR MONDE.H RAIKAN PEMBUKAAN RASMI BUTIK DI KLGCC MALL, MEMPERKENALKAN DESTINASI BAHARU BAGI BARANG KEMAS MEWAH

ECO-SHOP SUMBANG LEBIH DARIPADA RM36,000 BAGI MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KOTA BHARU

GEEKAY TUNDUKKAN RENN, RANGKUL GELARAN JUARA DEW CHALLENGE MUSIM 2